damai lah kamu

19 September 2011

bismillahirrahminirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

Allahu Akbar! Berat rasa ujian hati yg Allah bg ni.. Sungguh lah Allah yg Berkuasa utk membolak-balikkan hati.. Jika urusan yang sedang kulaksanakan ini boleh diundur, mungkin juga aku tidak akan melangkah sejauh ini dalam membuat keputusan.. Tapi ya Allah aku mengharapkan keredaanMu atas keputusan yang telah ku buat ini.. Moga tiada penyesalan di kemudian hari.. Jadikanlah keputusanku ini merupakan keputusan yang terbaik yang telah engkau tetapkan.. Buat agamaMu, juga buat kehidupanku di masa akan datang..

Damailah kamu duhai hati.. Sudah saatnya kamu mengejari apa yang kamu hajati selama ini biarpun dalam sedar mahupun tidak.. Yang pentingnya di sini, titik tolak permulaan langkah yang kamu perjuangkan haruslah selari dengan apa yang kamu usahakan selama ini.. Redailah aku Tuhan..(T___T)

Mood: Mengharapkan kedamaiain hati atas keputusan ini.. Sungguh hati itu sangat sukar dimengerti.. Kerana bukan atas kita yang memegangnya.
.

ketenangan yang dicari

28 Jun 2011

bismillhirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

Setiap orang dari kita telah ditetapkan dgn ujian masing-masing. Ada ketika ujian itu nampak mudah dan senang untuk ditangani di mata orang lain tetapi tidak bagi mereka yang sedang diuji. Namun satu hakikat yang perlu kita tahu, iaitu ujian seperti inilah yang dapat memberikan kita kefahaman, kematangan, dan keseriusan kita dalam bertindak, berfikir dan bergantung harap.

Juga satu hal yang perlu kita ingat, bahawasanya setiap ujian yang menimpa kita merupakan salah satu cara Allah menyampaikan rasa kasih dan sayangNya kepada hambaNya. Fikiran ana kembali teringtkan sebuah kisah sahabat Rasulullah yang berasa susah hati kerana merasakan bahawa Allah tidak lagi menyayanginya lantaran dia tidak diuji oleh Allah pada hari itu. Betapa rasa kecintaan para sahabat dahulu sungguh menebal dalam diri jika dibandingkan dengan kita hari ini yang mungkin hanya senipis kulit bawang.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(2:45)

Carilah wasilah terbaik untuk menemui kekuatan bagi menghadapi setiap ujian yang melanda. Biarpun memperoleh kata-kata semangat dari seorang teman yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya, namun ianya bukanlah pertolongan sebenar-benarnya yang dicari kerana pertolongan sebenar yang hakiki datang daripada Allah yang dicari melalui cara sabar dan solat.

Kerana aku juga adalah manusia biasa yang hanya diberi kekuatan yang sementara sebelum ujian yang sama atau ujian yang lebih berat dari itu menimpa diriku. Doaku moga kau, aku dan mereka kesemuanya akan terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam menempuh hari-hari kita yang tidak akan sunyi dari ujian dan cubaan selagi mana kita bergelar hamba Illahi.

~luv u all (termasuk dua lagi adik baru; anje n baby)~

pilihan~

09 Jun 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

takdir sering menjangkaui tadbir. dan ia akan tetap selamanya begitu. siapa kita untuk menolaknya pergi dari hidup. jangankan kerana kita sentiasa berada di kedudukan yang selesa maka kita akan sentiasa berasa selesa. jangankan kerana kita sentiasa berjaya dalam hidup maka kita akan sentiasa berjaya. dan jangankan kerana kita sentiasa berasa kuat, maka kita akan kekal kuat. begitu juga sebaliknya. pasti akan ada ujian yang bakal tiba. dan jalannya ada dua; tetap redha, sabar dan bersyukur atau berputus asa. keputusan di tangan kita.


~so what could be our choice for the next test?~

p/s: peringatan tegas buat diri sendiri! huhu

saat itu datang lagi

07 Jun 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

diam xdiam, semalam usia ana telah menginjak setahun lagi kehadapan... alhamdulillah, syukur padaMu Tuhan atas pinjaman ini... pinjaman yang menentukan jumlah bekalan yang bakal dibawa di alam akhirat kelak...

pelbagai ucapan dan doa yang diterima dari teman-teman dan tidak dilupa juga dari saudara mara dan semestinya keluarga yang rata-ratanya mendoakan agar umur dipanjangkan Allah di samping berjaya dalam hidup... sungguh terharu dengan doa dari kalian semua... terima kasih semua...

namun, tidak kurangnya juga ucapan-ucapan dari teman-teman yang kembali mengingatkan ana tentang tempoh setahun lagi ana mendekati masa dan saat kematian...

dunia dan seluruh isinya ibarat sebuah persinggahan yang sementara cume... treat them as what they are being created for... dan semestinya negeri akhirat yang kita tuju... itulah destinasi yang kita kejar selama ini... tapi berapa ramai yang masih memandang ianya sesuatu yang enteng? ana juga kadang kala terlepas pandang akan hal ini... astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... shamed to ourselves...

teringat ana pada sebuah video yang ditayangkan dalam talk palestin yang diadakan hampir sebulan yang lalu di mana terdapat seorang kanak-kanak palestin yang dengan bangganya mengatakan bahawa cita-citanya adalah untuk mati syahid...!! namun, jika dibandingkan dengan anak-anak kita sekarang...?? Allah... sedih...!

"Allah... sakit dah anak muda kita sekarang" kata abah sebentar tadi tatkala terlihat dalam kaca television akan anak-anak muda sekarang lebih tertumpu pada dunia hiburan... ya itu realiti kehidupan kita sekarang... ternyata jarum sulit yang dimainkan oleh israel lakntullah kian menampakkan hasil... manakan tidak, yang baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat... di manakah peranan kita sebagai seorang muslim yang dipikulkan dengan amanah khalifatullah dan 'abid? dan yang lebih dahsyat lagi peranan kita sebagai seorang daie? shamed to ourselves...

justeru, entri kali ini banyaknya nak beri kesedaran pada ana untuk bangun... dan menilai, cukupkah alasan dan amal yang dibawa andai ditakdirkanNya perjalanan ana tamat setakat ini...? mari semua, K.I.T.A Kuatkan Iman & Tambah Amal K.I.T.A... coz ana xnak buat baik hanya untuk diri ana... tapi ana nak semua dari kita usaha untuk menuju syurga bersama-sama... ayuh...! jangan dilepas lagi tali agama ini...

~gambar sekadar hiasan~

kuatkan aku Tuhan......

19 Mei 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala alihi wasohbihi wassalim


jom ketuk sifat manja dalam diri masing2 dengan cuti yg panjang ni..
huhu..

1st paper done!

25 April 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala alihi wasohbihi wasallim

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

first paper done just now...
and 4 left are waiting...
walaupun jarak agak panjang, tp ianya tidak menjanjikan apa2...
hak kejayaan adalah milikNya...
moga kejayaan milik kita semua...
amin...

all the best sume...


Harapan

21 April 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala alihi wasohbihi wasallam

3 hari lagi nak mula exam...
final exam utk sem 2 tahun 2...
cuak...
dengan report geografi yang masih bersisa...
xtau masih punya waktu utk study habis sblm ke exam hall ataupun tidak...
hanya berharap padaMu Tuhan...

terkadang menghadapi ujian hidup sehari ke sehari melemahkan benteng yg sedia ada dalam diri...
sehingga merasakan bahawa ada sesuatu yang aku terlepas pandang...
termasuklah dalam bab menjaga hati semua yang ada disekelilingku...
bukannya aku tidak tau...
malah sgt mengerti bait2 kalam Allah...

"(ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kpd siapa pn sdg Rasul (Muhammad) yang berada di antara (kawan-kawan) mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kpdmu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan"(3:153)

Allah...
satukan hati2 kami dalam memikul beban dakwahMu...
agar dengannya kami bisa berdiri teguh...
agar dengannya kami bisa berdiri utuh...
dan agar dengannya kami bisa hadapi segala cubaan dengan patuh...
hanya padaMu tempat aku bermohon dan berharap...


sungguh aku rindu padaMu...

viva~

17 Mac 2011

~fotonik~

~bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad~

...Ya Allah, aku tidak tahu adakah ini musibah ataupun rahmat dariMu tetapi aku bersangka baik denganMu...
...berikan aku kekuatan Ya Tuhan...

cinta hatiku

27 Januari 2011

telah jauh kau bawa hati ini
menjelajah seluruh pelusuk bumi
ke gunung di daki ke lembah engkau turuni
untuk mencari sebuah erti
namun kedamaian yang engkau ingini
masih jua tiada engkau temui
segalanya sirna tiada berseri
terdampar diri di lorong sepi
tapi pabila engkau mendekati diriNya
seakan terasa semangat baru
kekosongan jiwa yang pernah engkau alami
kini disinari cahya kasihNya
oohh
janganlah Kau memalingkan hati ku ini
setelah Kau berikan ni`mat dan hidayahMu
aku ingin rasa ini kekal selamanya
hingga saat ak bertemuMu

Kau lah Yang Maha Pengasih
Kau lah Yang Maha Pengasih

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

kai fa hal? huhu lama xupdate blog.. windu.. tapi memang xde ruang nak post apa2 semenjak dua ni.. jadual agak pack, dari isnin-jumaat kelas dari pg membawa ke ptg (kadang2 senja).. huhu hidup seorang da`ie xpernah kenal erti rehat.. (sgt terkesan) coz selama ni sentiasa hidup dalam kesenangan dan kelapangan.. teringt sabda Nabi SAW tentang dua ni`mat agung yang sering diabaikan kebanyakan orang; ni`mat sihat dan juga masa lapang (riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi, dan Ibn Majah)..sgt terkena di batang hidung sendiri.. huhu abaikan..


oh ye, di atas ni adalah sebuah lagu.. khas buat semua yang sedang membina peranan kte masing2 sebagai batu bata menuju puncak marratib `amal.. coz hati kita sentiasa berbolak balik kan.. dan kte xmahu Allah terus membalikkan hati kte setelah Dia berikan kte segala ni`mat yang xterhitung banyaknya.. Allah.. banyak lagi hak2 mereka yang xtertunaikan.. bimbing kami utk mencapai redhaMu Tuhan..

hurm seminggu cuti ni menuntut ana utk bekerja lebih keras sikit.. melaksanakan DF dengan sebaik mungkin disamping mendidik jiwa utk jd lebih kuat.. npe ye? coz mungkin memikirkan tentang betapa urusan kte lebih banyak dibandingkan dgn masa yang ad.. n bile fikir2 balik, memg btol.. ibaratnya kte seperti sebiji gelas kosong yang anytime boleh menerima apa jua air; air masak, air sirap, kopi, teh? (bak kata ore klate, buleh blako =)) yang mana setiap dari air2 tuh merupakan aktiviti2 harian kte; sama ad disibukkan dgn sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.. betapa halusNya tarbiyah Allah pada hambaNya dalam kte sedar mahupun x..



oh ye, hari ni ana bertukar lab.. dari lab solid state ke lab optic.. sgt menguji penglihatan coz lab ni menuntut kami2 utk bekerja dalam gelap.. dengan sedikit gguan dari cahaya lain akan mencacatkan result experiment tu.. jadi nak dapat result yang baik punyelah berhati2 coz xmau nanti result xcantik.. huhu betapa segala tenaga dah dikerahkan utk menyiapkan experiment prism tu.. then bile kelas electricity n magnetism (EM) pas tu, jadi ngantuk sgt n xle nak fokus.. akibatnya sampai lecturer tny "are u tired?" huhu sgt terasa soalan itu ditujukan kpd ana..


abaikan.. juz nak kata, kalau kte sanggup buat sesuatu tu dgn teliti dan sepenuh tenaga, then resultnya pasti akan cantik.. kan2?? huhu sme juga dgn amalan sehari2.. kalau dibuat dan dijaga dengan hati2 dan sepenuh kudrat yg ad, xmustahil kebahagiaan syurga yang kte dapat.. so peringatan utk diri sendiri yang selalu leka..


wallhu`alam

Sebiru Hari Ini

15 Januari 2011

bismillahirrahminirrahim
allahumma solli`ala muhammad
wa`ala ali muhammad

alhamdulillah3x
syukur padaMu Tuhan
atas segala ni`mat yg telah Engkau berikan

alhamdulillah ana diberi kelapangan waktu utk mempost entry yg telah menjadi tema madah halwa telinga kump DnT ana yg juga baru je decide hari isnin yg lepas..(huhu adik beradik yg len sume dh post except acik)..abaikan..

so, terimalah "Sebiru Hari Ini" by edcoustic

sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita
bersama di sini
*
seindah hari ini
indahnya bak permaidani taman syurga
seindah hati kita
walau kita kan terpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

ulang *


oh ye, sebelum ketinggalan, ana ada buat sikit research pasal group Edcoustic ni.. mereka merupakan satu band duo (indie) yg berasal dari Bandung, Indonesia yg membawa lagu bergendre pop inspiratif (inspirasi la kot)..huhu..tp berdasarkan beberapa album mereka, kebanyakkannya berkisarkan tentang lagu ketuhanan.. dan lagu "Ketika Cinta Bertasbih" adalah salah satu lagu yg dimainkan oleh vokalis kumpulan tersebut yg mana telah mengangkat nama edcoustic lebih tinggi..

wallahu`alam..

Selamat Ulang Tahun

12 Januari 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli`ala muhammad
wa`ala ali muhammad

alhamdulillah3X
syukur padaMu Tuhan
atas segala nik`mat & kebesaranMu

pertama2 skali nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN ABAH @ A. Rahman Mamat yg ke 62 tahun..oppss sedar x sedar dh lebih 6 dekad dh usia abah..huhu..semoga abah dilimpahkan dengan kesihatan yg baik dan hidup dalam rahmat serta lindungan Allah SWT selalu..

dalam kegembiraan menjadi orang pertama wish kat abah td ni, tbe2 hati terdetik sesuatu..bahawa semua yg ad pada kte sekarang bersifat sementara..even Rasulullah SAW sendiri adalah pnjaman Allah SWT kpd kte yg mana dtgnya utk melengkapkan akhlak kte umat manusia..Allah..!adakah masanye sudah hmpir?sungguh ana tkot memikirkan tentang penambahan usia kte saban hari..kerana semakin kte hampir kpd tarikh lahir kte,maka semakin hampir kte dgn tarikh kematian kte pula..Allah..!

63 tahun..itulah jangka masa hayat Baginda SAW tercinta kte..hanya dalam tempoh 63 tahun masa yg dijanjikan Allah SWT sebelum Baginda SAW kembali kpdNya..dan abah??sudah masuk 62 tahun..Allah..!

teringt lagi yg abah antara orang yg paling jarang dapat hadiah dr kami adik beradik mahupn umi..sebab jarak bulan kelahiran yg agk jauh..jd entri kali ni khas ditujukan buat abah..insan teristimewa

~abah~
kau insan tabah
yg sabar melayan kerenah
yg teguh menahan marah
yg tegas menegur mana yg salah

~abah~
ketahuilah bahawa
dirimu sentiasa mekar dalam hatiku
dirimu sentiasa hidup dalam rohku
dirimu sentiasa mewangi dalam hari2 ku

~abah~
tiada kata yg mampu kuucpkan
melainkan rasa syukurku menjadi anakmu
melainkan rasa bahagiaku mendapat tarbiyah darimu
melainkan rasa senangku merasai belaian kasih sayangmu

~abah~
doaku semoga segala usahamu mendidikku
mencapai tujuan dan sasaranmu
iaitu untuk menjadikanku
insan yg lebih tahu

"sesungguhnya Ya Allah tiada insan sebaik kedua orang tuaku..Mereka telah membentukku dengan sebaik2nya..Pada mereka aku belajar erti kehidupan yg xakan pernah aku perolehi di sini..Terimalah amalan mereka selama mereka hidup di dunia ini..Semoga Engkau menempatkan mereka dalam golongan orang2 yg beriman..amin"

~abah & umi~

p/s: next entry ateh cter pasal ukhuwah sebiru hari ini ye :)

jeli kelapa

01 Januari 2011

bismillahirrahmanirrahim

allahumma solli `ala muhammad

wa`ala ali muhammad


jeli kelapa??wah2 first entri dalam tahun baru masihi ni adalah pasal makanan?? huhu abaikan.. sebenarnya nak bgtau yg jeli kelapa tuh ana wat tuk shbt2 UM ana.. wah nk blik UM dah.. result still dalam tanda tanya.. xpe2.. bak kata sorang kawan tuh,"doa last senjata yang kte ad.."

cakap pasal jeli kelapa.. adakah ianya boleh dijdkan salah stu telur putih kte dalam mengembangkan lg methode DnT kte?? semestinya boleh.. logam tuh.. huhu.. sedap ke tidak (sila ke belakang criter ye) sekian.. huhu.. nak gali ag la logam yang masih tersembunyi atau yang masih boleh dibentuk..



ehm cuti 3 mggu baru2 ni sgt meletihkan.. meletihkan jiwa & perasaan.. betullah kata umi mum.. dakwah fardhiyah sgt2 perlu di pupuk time2 cmni.. berjauhan dr shbt2 seperjuangan dalam suatu tempoh masa yang panjang kdg2 boleh menyebabkan langkah kte sedikit tersasar.. mujurlah ad bekalan Al-Quran & As-Sunnah dari Baginda SAW.. yg insyaAllah jd pegangan kte semua sehingga ke akhir hayat.. amin..

naik sem 4 ni, mcm2 dh plan nak wat ngan achik.. huhu.. harap kuat untuk istiqamah dalam pelaksanaanya kelak.. utk along yg bg idea tuh, huhu tggu ye sem baru ni.. n adik-beradik yang lain dalam DnT ni, kte wat yg terbaik demi islam.. "islam xperlukan kte, tp kte yg perluknnya"

moga bermanfaat..

p/s: rindu sama asyraf nanti :(..huhu abaikan