Kesukaran Itu

17 Mei 2013

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

Allahu.. Allah..

"Tidak ada keberatan apa pun pada Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah Allah pada nabi-nabi yang telah terdahulu. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku" (33:38)

Tahun ke-2 hijrah telah menyaksikan satu peristiwa penting yang sememangnya tertulis untuk kita mengambil ibrah dan pemahaman di atas peristiwa tersebut. Pertukaran qiblat yang telah Allah perintahkan kepada Sang Nabi yang mana telah mengakibatkan timbulnya isu besar di Madinah.

"Orang-orang yang kurang akal di antara manusia akan berkata "Apakah yang memalingkan mereka (muslimin) dari qiblat yang dahulu mereka (berqiblat) kepadanya?" Katakanlah, "Milik Allah lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus". (2:142)

Allah telahpun menulis peristiwa pertukaran qiblat di dalam Al-Quran di mana dalam peristiwa besar ini telah menyajikan ruang dan peluang bagi golongan Yahudi menyebartaburkan fitnah terhadap dakwah yang dilakukan Baginda SAW. Suruhan Allah ini merupakan suruhan secara langsung iaitu ketika Nabi sedang bersolat 'asar berqiblatkan Masjidil-Aqsa di Baitul-Maqdis ke Ka'abah di Tanah Haram Mekah.  Sungguh, kesukaran yang menimpa Nabi sebenarnya adalah suatu sunnatullah. Walaupun disaksikan golongan Yahudi dan Nasrani terhadap perlakuan Baginda SAW pada ketika itu, adakah itu menjadi kesukaran padanya untuk tetap melaksanakan suruhan Allah? Adakah Baginda SAW ingkar? Malah Baginda menurut dan taat serta ternyata perlakuan tersebut tidak sedikit pun memberatkan Baginda SAW.

................

Lalu bagaimana pula dgn "aku"?

Justeru bertahun-tahun berada di bawah naungan tarbiyah tidak memadaikah untuk "aku" mengimani hal-hal sedemikian? Bertahun-tahun kenal tarbiyah tapi masih di takuk sama. Bertahun-tahun kenal usrah tapi zero? Kosong? Empty? Nothing at all!!

Lalu bagaimana pula dengan "kita"? 

"Kita" yang sudah bersama selama bertahun-tahun itu? "Kita" yang menempuh pelbagai suka duka, sakit perit, gembira dan kecewa. Dari alam kegelapan ke alam cahaya. Apakah cukup tempoh itu untuk "kita" mengatakan bahwa "kita"lah penyambung risalah Baginda SAW? 

Lalu bagaimana pula dengan "mereka"? 

"Mereka" yang sudah mula mengenal erti sebenar jalan ini. Yang sudah mampu untuk berbagi. Masa, tenaga, pemikiran, harta dan jiwa. Bagaimana? Di tangan kitakah "mereka" menjadi seperti itu? Di sisi kitakah "mereka" terbentuk menjadi diri "mereka" seperti sekarang?

Lalu...
Lalu...
Lalu...

Justeru, bagaimanakah...?

......................

Empat bulan menyepi dari terus menulis di blog ini. Suatu tempoh uzlah yang ana rasakan perlu buat jiwa. Benarlah kata2 seorg akhwat, "kalau dah rasa penat dan lelah dalam medan ni, silakan turun kepada masyarakat. Di situ kita akan mendapati bahawa kerehatan yang kita dambakan itu benar-benar letaknya di syurga".  

Dan alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran ana panjatkan kepada Allah yang telah pun mengizinkan ana utk menerokai negara-negara orang yang semestinya berbeza dari segi budaya dan bahasa. Yang satunya memilik peratusan muslim yang minoriti dan yang satunya lagi memiliki peratusan muslimnya sebanyak 98%. Namun, satu hal yang dapat ana simpulkan dari pandangan mata kasar ana adalah :

kerja yang sedang kita buat ini masih belum cukup all out

Sungguh apa yang ana coretkan di entry kali ini terasa berat dan sukar. Ana yakin bahawa bukan ana seorg yang merasakannya di sini. Pelbagai hal yang bermain di fikiran. Pelbagai tribulasi yang sedang menggugah iman. Pelbagai mehnah dan ujian yang mana semuanya merenggut pemikiran dan tenaga yang telah kesiangan dicurahkan ke atas perkara-perkara duniawi.

Ana mengerti kerisauan pertukaran qiblat yang sedang di alami ini boleh sahaja menyebabkan langkah kaki tidak selaju dulu. Malah boleh sahaja mengakibatkan rosaknya keterikatan dan yang paling menggerunkan, menukarkan yang manis itu menjadi pahit lalu akhirnya terbuang. 

Terkenangkan betapa mak cik-mak cik syuyukh ini diberi Allah kekuatan untuk terus thabat, menyebabkan ana mulai terfikir mungkin sahaja pada dasarnya pertukaran ini adalah sesuatu yang perlu dan wajar. Allahu'alam. Moga Allah ampunkan ana di atas kekurangan ilmu serta pemahaman ini.

Namun ana terpanggil untuk melihat kembali kepada peristiwa PRU13 baru-baru ini. Tidak cukupkah bagi kita yang sudah memakai cerminan islam ini untuk melihat dan menyelami kekalahan kita itu? Hanya kerana kita tidak lagi bersatu. Hanya kerana keegoan kita untuk bersama. Hanya kerana kita masih belum bersedia. Hanya kerana kita belum cukup lagi untuk berbuat seperti Baginda SAW lakukan. Dan yang lebih utama, menyingkap kembali keimanan kita mengenai sunnatullah yang telah pun Allah tetapkan. 

Manisnya rasa yang disambut di awal pentarbiyahan tidak akan kekal. Seronoknya keterikatan yg terjalin di awal usia kita dalam jalan ini tidak menjanjikan kebahagian dan keterujaan yang sama di sepanjang perjalanan. Itulah sunnatullah nya. Bukankah semuanya bakal melalui sunnatullah yang sama seperti dalam peristiwa di atas? Melalui setiap detik kehidupan harian kita di bawah kehendak Allah semata. Lalu peranan kita bagaimana?

Sungguh fasa kehilangan arwah Abah ini banyak memberi erti untuk ana lebih kuat. Juga fasa kerehatan ana dari alam kampus sedikit sebanyak membuka minda mengenai pengaturan Allah ini. Kerana pada dasarnya, tempoh kerehatan ini menjadikan medan dakwah ana berpusat di rumah. Dan mad'u yang perlu ana fokuskan sekarang adalah keluarga sedarah sedaging ini. Dan itu lebih memerlukan lebih banyak masa, tenaga, pemikiran dan daya juang yang maksima kerana masa untuk ana berjuang di medan ini tggl lagi beberapa bulan sahaja sebelum ana melanjutkan pelajaran (biiznillah). 

Sungguh semuanya mempunyai ujian dan cabaran mereka tersendiri. Dan ana quote itu buat semua ikhwah dan akhwat yang bersama-sama dalam jalan ini. Pun begitu medan dakwah kita, tetaplah bersabar dan tetaplah bertahan. Kerana biarpun kita tidak diuji seperti mana saudara seislam kita di Syria, Palestin, Rohingya serta lain-lainnya diuji, namun berbanggalah kerana kita juga merasai perjuangan persis seperti mereka.

Allahu'alam.

Special dedicated to all my usrahmates: Once u became my usrahmates, forever we are usrahmates. Kerana kalian semua adalah cerminan buat diri ini. Bukankah kita telah berjanji untuk usrah di syurga? 
#bersamamencarikekuatandalamsujuddandoa



Atlantic Ocean, Maghribi (18 Apr 13-04 Mei 13)