ketenangan yang dicari

28 Jun 2011

bismillhirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

Setiap orang dari kita telah ditetapkan dgn ujian masing-masing. Ada ketika ujian itu nampak mudah dan senang untuk ditangani di mata orang lain tetapi tidak bagi mereka yang sedang diuji. Namun satu hakikat yang perlu kita tahu, iaitu ujian seperti inilah yang dapat memberikan kita kefahaman, kematangan, dan keseriusan kita dalam bertindak, berfikir dan bergantung harap.

Juga satu hal yang perlu kita ingat, bahawasanya setiap ujian yang menimpa kita merupakan salah satu cara Allah menyampaikan rasa kasih dan sayangNya kepada hambaNya. Fikiran ana kembali teringtkan sebuah kisah sahabat Rasulullah yang berasa susah hati kerana merasakan bahawa Allah tidak lagi menyayanginya lantaran dia tidak diuji oleh Allah pada hari itu. Betapa rasa kecintaan para sahabat dahulu sungguh menebal dalam diri jika dibandingkan dengan kita hari ini yang mungkin hanya senipis kulit bawang.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(2:45)

Carilah wasilah terbaik untuk menemui kekuatan bagi menghadapi setiap ujian yang melanda. Biarpun memperoleh kata-kata semangat dari seorang teman yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya, namun ianya bukanlah pertolongan sebenar-benarnya yang dicari kerana pertolongan sebenar yang hakiki datang daripada Allah yang dicari melalui cara sabar dan solat.

Kerana aku juga adalah manusia biasa yang hanya diberi kekuatan yang sementara sebelum ujian yang sama atau ujian yang lebih berat dari itu menimpa diriku. Doaku moga kau, aku dan mereka kesemuanya akan terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam menempuh hari-hari kita yang tidak akan sunyi dari ujian dan cubaan selagi mana kita bergelar hamba Illahi.

~luv u all (termasuk dua lagi adik baru; anje n baby)~

pilihan~

09 Jun 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

takdir sering menjangkaui tadbir. dan ia akan tetap selamanya begitu. siapa kita untuk menolaknya pergi dari hidup. jangankan kerana kita sentiasa berada di kedudukan yang selesa maka kita akan sentiasa berasa selesa. jangankan kerana kita sentiasa berjaya dalam hidup maka kita akan sentiasa berjaya. dan jangankan kerana kita sentiasa berasa kuat, maka kita akan kekal kuat. begitu juga sebaliknya. pasti akan ada ujian yang bakal tiba. dan jalannya ada dua; tetap redha, sabar dan bersyukur atau berputus asa. keputusan di tangan kita.


~so what could be our choice for the next test?~

p/s: peringatan tegas buat diri sendiri! huhu

saat itu datang lagi

07 Jun 2011

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

diam xdiam, semalam usia ana telah menginjak setahun lagi kehadapan... alhamdulillah, syukur padaMu Tuhan atas pinjaman ini... pinjaman yang menentukan jumlah bekalan yang bakal dibawa di alam akhirat kelak...

pelbagai ucapan dan doa yang diterima dari teman-teman dan tidak dilupa juga dari saudara mara dan semestinya keluarga yang rata-ratanya mendoakan agar umur dipanjangkan Allah di samping berjaya dalam hidup... sungguh terharu dengan doa dari kalian semua... terima kasih semua...

namun, tidak kurangnya juga ucapan-ucapan dari teman-teman yang kembali mengingatkan ana tentang tempoh setahun lagi ana mendekati masa dan saat kematian...

dunia dan seluruh isinya ibarat sebuah persinggahan yang sementara cume... treat them as what they are being created for... dan semestinya negeri akhirat yang kita tuju... itulah destinasi yang kita kejar selama ini... tapi berapa ramai yang masih memandang ianya sesuatu yang enteng? ana juga kadang kala terlepas pandang akan hal ini... astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... shamed to ourselves...

teringat ana pada sebuah video yang ditayangkan dalam talk palestin yang diadakan hampir sebulan yang lalu di mana terdapat seorang kanak-kanak palestin yang dengan bangganya mengatakan bahawa cita-citanya adalah untuk mati syahid...!! namun, jika dibandingkan dengan anak-anak kita sekarang...?? Allah... sedih...!

"Allah... sakit dah anak muda kita sekarang" kata abah sebentar tadi tatkala terlihat dalam kaca television akan anak-anak muda sekarang lebih tertumpu pada dunia hiburan... ya itu realiti kehidupan kita sekarang... ternyata jarum sulit yang dimainkan oleh israel lakntullah kian menampakkan hasil... manakan tidak, yang baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat... di manakah peranan kita sebagai seorang muslim yang dipikulkan dengan amanah khalifatullah dan 'abid? dan yang lebih dahsyat lagi peranan kita sebagai seorang daie? shamed to ourselves...

justeru, entri kali ini banyaknya nak beri kesedaran pada ana untuk bangun... dan menilai, cukupkah alasan dan amal yang dibawa andai ditakdirkanNya perjalanan ana tamat setakat ini...? mari semua, K.I.T.A Kuatkan Iman & Tambah Amal K.I.T.A... coz ana xnak buat baik hanya untuk diri ana... tapi ana nak semua dari kita usaha untuk menuju syurga bersama-sama... ayuh...! jangan dilepas lagi tali agama ini...

~gambar sekadar hiasan~