LapARnYa JiWa NiE

04 Oktober 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala puji2an hanya kepadaMu
Tuhan yg Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu
ampuni aku
dan peliharalah mereka2 yg aku sayangi
dalam pemeliharaan Rahmat dan RahimMu

pagi yg damai. suasana yg ceria. melihat indahnya kehidupan ini mengingatkan ana pada indahnya lagi kehidupan di sana kelak. sesungguhnya syurga adalah tempat yg mana telah dihamparkan segala kenikmatan di dalamnya. Allahuakbar! terasa betapa diri ni xlayak untuk memilikinya. terasa betapa diri ini goyah imannya. terasa betapa diri ini semakin sukar mendapatkannya.

sudah banyak peringtan yg ada dalam kitab pegangan hidup kita ini, Quranul Kareem. tp sejauh mana kte menggunakannya? aduh terasa bahawa kitab ini di baca bile ada keperluan sahaja. sungguh manusia berada dalam kerugian (103:2). dan sungguh terasa bahawa kitab ini di bace bile ditimpa musibah sahaja. sedangkan ianya lebih dari itu. melebihi segala keperluan kita di dunia ini.

rindu suasana membudayakan membaca Al-Quran tiap2 malam. malah selepas solat fardhu di zaman sekolah menengah dulu. tp ternyata ianya dilakukan kerana peraturannya begitu. bukan lahir dr hati untuk melakukannya. Allahuakbar! betapa jahiliah telah membungkus kemas naluri hati ini dan kali ini ianya terjadi sekali lagi. betapa kosongnya jiwa. sedangkan ia merupakan makanan rohani yg termudah untuk dilakukan. bukan lama mana pn. even kalau mamnu` skalipn still boleh bce maknanya. sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan (Hadith 1: Hadith 40)

kalau nak kata bz ngn kelas, assignment, discussion, xkan la 5minit pn xde mase nak buke Al Quran n bce? aduh banyak tol alasan. no 3x!! bangun ifa, bangkit dri tido yg lena. tingkatkan ketaqwaan dan carilah wasilah (jalan) mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung (5:35).

so kawan2, dalam usaha kite mencari ilmu Allah dalam bidang2 tertentu ni (let say ana ni, fizik la) pe kata kite tambah ngn cari ilmu Allah dalam bidang2 yg kte xkan dapat kat dewan kuliah saban hari cth: ilmu tentang nikmat syurga mahupun ilmu tentang sejarawan teragung kte, Nabi SAW serta ilmu tentang peringatan2 lainnya yg banyak diceritakan dalam kitab Al Quran itu sendiri. sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang2 yang tidak mengerti (8:22). peringatan buat diri sendiri.

wallau`alam