di kala malam menjelma
hatiku berbisik mengata
sudahkah aku berusaha sedayanya
untuk terus berada pada jalan sebenarnya
untuk mengatakan bahawa aku telah bekerja
itu adalah sesuatu yang jauh untuk diduga
semakin aku atur langkah
semakin aku rasa payah
semakin aku mencuba
dan semakin itu pula aku kecewa
sungguh aku lemah terhadap segalanya
namun ku tahu
jalan ini harus diteruskan
meskipun dahagakan pengorbanan
biarpun terbatas segala keperluan
walaupun dibayar dengan kesusahan
hatta menuntut nilaian kesabaran
tetap dan yakinlah nikmat kesenangan
di penghujung pengakhiran
selagi mana mata tidak tertutup buat selamanya
selagi itulah kita harus tetap berusaha
kalaupun bukan untuk diri kita
untuk mereka yang berada di sekitarnya
juga untuk dia yang telah tiada
tuhan
aku sedar aku bukan siapa-siapa
aku percaya bahawa aku adalah hamba
yang lemah lagi tidak berdaya
tidak memiliki kudrat dan tenaga
terhadap apa-apa yang Engkau punya
segala milikMu langit dan kerajaan semesta
semuanya tunduk bertasbih, puja-memuja
kuserahkan semua padaMu yang Esa
untuk menguatkan aku seadanya
dan memaut cinta hanya pada yang Kuasa
yang memiliki arasy yang nyata
dari segala anasir yang tumbuh melata
Passes.
6 tahun yang lalu