nikmat itu

25 Jun 2010


hidup ni sentiasa ada kejutan. dan kte seringkali tertanya2 kejutan apa yg akan kte alami saban hari. ada kalanya perasaan kita girang, gembira sedangkan di waktu lainnya kita sedih dan merana. hebatnya peraturan Tuhan. xdiberikan semuanya sentiasa ceria dan xpula diberikan semuanya sentiasa duka.



"maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan"
Ar-Rahman



semoga kita xtergolong dalam golongan umat yg mendustakan segala mcm nikmat yg telah Allah berikan. namun hati kecil ini sentiasa bimbang tentang perjalann hidup yg tidak berkesudahan. risau jika kesedran tentang nikmatNya hilang dan tidak lg terkesan di hati. malah berbangga dengan nikmat2 tersebut yang ternyata milikNya dan bersifat sementara.

jatuh bangunnya seseorang itu adalah ketetapan dariNya namun knp kenyataan itu perit untuk diterima? mungkin kerana dah terbiasa dengan nikmat kesenangan yg diberikan oleh Tuhan maka semua itu dikaburi dengan ego yang tinggi. ya dan kini ego pula yang dipersalahkan. sedangkan raja dalam diri itulah puncanya.



"setiap di dalam jasad itu terdapat seketul darah; sekiranya baik maka baiklah seluruh jasad; dan sekiranya jahat maka jahatlah seluruh jasad; ketahuilah ianya adalah hati"

RW : Bukhari dan Muslim



hati bersangkut paut dengan keimanan. maka peliharalah ia kerana ia bisa menjadi penawar dan bisa juga menjadi racun. manisnya nikmat keimanan itu perlu dicapai semula. ikatlah dengan sentiasa mengingatiNya. kejarlah dengan sentiasa bermuhasabah diri kpdNya. garaplah dengan penuh kerendahan dan sujud malam hanya untukNya. dan pasti engkau menemuinya semula. yakin dan berusahalah kerana hanya itu caranya untuk kta memperoleh kesudahan hidup yang sempurna.



ingin aku
kembali kepada fitrah insani
tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
bebaskanlah diriku
dari dibelenggu
dosa noda nafsu durjana

terimalah taubatku Ya Allah
bimbinglah daku ke jalan redhaMu
moga sinarMu terangi hidupku
di dalam kegelapan

aku kan kembali padaMu Rabbi
menghadapMu Ya Rabbul `Izzati
segala ketentuan kupasrahkan
di hujung penghayatan

chorus : lagu kembali, Far East