Syawal 1433H

29 Ogos 2012

bismillahirrahmanirrahim
allhumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim


---speechless--


Rindukan suasana raya tahun lepas. Masih teringt lg beberapa hari before raya, ana la org yg paling bz mencari teks khutbah 'aidilfitri buat abah. Search JAWI, search JAKIM, search la mana2 lg source yg boleh bg teks raya. Kata abah, senang dpt n dari sumber yg boleh dipercayai. Dah dapat teksnye cepat2 printkan utk abah.

Tapi raya kali ni dah xsama mcm yg lepas. Dulu kami 6 beranak cantik berpakain tema krim. Lelah jugaklah cari baju melayu abah kat Plaza Idaman tu. Coz taste abah memg dia je yg tau. Huhu. Siapa sgka itulah tema baju raya terakhir kmi bersama abah. Krim. Ye cntik tema tu. Bila da snap gambar sama-sama, terbyang yg baju melayu abah ibaratnya seperti sehelai kain putih yg bersih warnanya. Mendamaikan.

Syawal 1432H

Raya tahun ni, raya pertama kami tanpa abah. Sebak dgr takbir raya malam raya tu. Kalau ikutkan hati, memg laju je la air mata ni turun. Tapi sebab ada umi, tahan je. Tak nak bg umi tgk kelemahan anak dia. Umi plak, memg awal2 dgr takbir after maghrib tu da merembes air mata dia. Huhu org tak pernah berjauhan. Skali kena, memg sakit.

Semua benda pn ad expired datenya. Kita ni pinjaman dr Allah. Dan kalau tak kerana rahmat dan kasih sayangNya, kita tak kan mampu berbuat apa-apa. Dan bg ana, raya tahun ni ana isikan dengan memperbanyakkan amalan ziarah yg sememgnya sgt dituntut dalam agama. Mungkin org beranggapan bhw semenjak kehilangan abah ni ana nampak lebih bebas, beraya even sampai ke kuala selangor yg jauhnye boleh sampai ke negeri lain tp bg ana inilah peluang utk ana teruskan amalan yg pernah abah lakukan. Menziarahi sahabat handai. Kalau dlu, amalan ziarah raya ni xsesemangat raya kali ni, jadi raya kali ni biarlah berniat memanjangkan pahala utk abah. Cuma tidak kesampaian untuk menziarahi ibu Zaifatul (guru Dinamika di KMPh dulu) di Perak. Maaf ibu ye.

And malam td baru lepas ziarah sedara belah abah kat Selayang Baru. Seronok dgr crita dorang pasal arwah. Sejuk je hati. Rasa terubat rindu pada dia. Sambil2 tu terhibur jiwa dengan gelagat anak-anak buah yg semakin membesar dgn lasaknya ni. Ehe yang bestnya, lagak Asyraf mcm membayangkan Atuk Mat tu mcm Atuk Man dia. Sweet sgt. Sampai balik pn masih mesra. Rindu Atuk Man dia agaknya. Apa-pe pn abah, kami semua mendoakan kesejahteraan abah di sana. Abah sentiasa bermain dalam hati dan sanubari kami semua. Cuma antara terluah dengan tidak je. Moga abah tenang kat sana. Amin



Oh ye, inilah pengarang jantung pengubat hati kami. ~

Muhammad Asyraf bin Muhd 'Afif ..::15 Julai 2010::..
Ain Najihah binti Muhd 'Afif ..::23 Oktober 2011::.. [Berusia 2 minggu sewaktu abah pergi]

Keduanya diberi Allah kesempatan untuk mendapat nama hasil pencarian abah sewaktu hayatnya. Huhu masih terbayang membawa kamu bahasa arab tuk abah ke Pusat Rawatan Al-Islam Kampung Baru sebelum direfer ke PPUM seminggu selepas Ain Najihah lahir. A sweet moment to remember! Dan ana, jangka hayat hidup bersamanya selama 21 tahun 7 bulan sudah cukup untuk dikenang. Tak minta lebih [even memasang angan-angan untuk abah hadir di majlis konvo & menjadi qadi di majlis perkahwinan]. Cukup sekadar apa yg telah Allah tetapkan. Redha & ikhlas dgn qada serta qadarNya. Moga Allah menthabatkan rasa itu.

~Alhamdulillah Tuhan, saat Kau mengambil seseorang dr kami, Kau malah tidak melupakan untuk mengekalkan yang lg seorang sebagai penguat kami.~