moga dikau tenang di sana

30 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

malam td ana termimpikan seseorang yang telah pergi dr hidup ana kira-kira setahun lebih yang lalu.. redup wajahnya menggamit perasaan rindu dan sayang ana padanya.. sungguh sudah sunnatullah.. setiap yang hidup pasti merasai mati.. oh Tuhan, tempatkan dia dan orang-orang sebelum dan selepasnya dalam kalangan orang-orang yang soleh.. amin


al fatihah buat Nenda Hjh Ramlah Bt Sidin

ikhlaskah aku?

29 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

dalam meniti hidupku sehari-hari, pernah diri ini tertanya sendirian.. adakah setiap apa yang dilakukan ikhlas keranaNya? atau semata-mata kerana ingin ditujukan buat seseorang.. atau hanya sekadar memenuhi permintaan seseorang.. atau hanya sekadar ingin meraih perhatian..

hinanya terasa.. hidup dalam kepura-puraan.. jahiliyah yang membelenggu diri terasa amat payah untuk dilupuskan.. perlukan semangat yang tak bertepi bagi menemani perjuangan yang kian surut.. berikan ku kekuatan Ya Tuhan.. jangan Kau pisahkan kami dari Rahmat dan PengampunanMu..

langkah penuh duri harus diteruskan.. kerana hakikat ia hanya sakit yang sementara cuma.. berilah sepenuh perhatian buat insan yang memerlukan.. kerana di situ mungkin terletak kekuatan yang didambakan.. kerana mungkin jua di situ terletak nilai yang Dia pandang..


namun tidak ku nafikan tentang goyahnya iman yang datang dengan tiba-tiba.. yang tak terduga kemunculannya.. yang tak terbendung rasanya.. pahit dan sakit.. bagai sembilu yang menikam qalbu.. Allah.. aku memohon maghfirahMu.. ikhlaskan aku..

akhirnya....

09 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

syukur alhamdulillah Ya Allah kerana telah mempermudahkan urusanku...neway ana baru je nak habis paper final exm sem ni (10/11)...lega...dan tersgtlah bersyukur kerana ana rasa exm kali ni exam yg ana xmain2...huhu mungkin coz dtg kesedaran utk perbaiki pointer sem lepas yang teramat mengecewakan (melebihi rasa kecewa masa dapat result spm 3 tahun yang dulu)huhu...abaikn...

tp masa depan tuh rahsiaNya kan...ana redha kalau kejayaan masih bukan hak ana...siapa ana utk mempersoalkan takdir yg dah termaktub sejak azali lagi...apatah lagi memiliki sikap tidak redha ke atasnya...

insyaAllah esok nak balik umah...(windu!!)...walaupun xjauh mana tp ntah la...terasa berkobar2 lak nak tunaikan hak2 umi abah...(insyaAllah)...actually umah ad wat renovation sikit...so agak berkecah la umah tuh...hanya menantikan kepulangan puteri tercinta pulang je utk kasi sapu bersih semua skali...ki3...

tp dalam perasaan berkobar2 ni, terselit satu perasaan lain...perasaan yang susah untuk digambarkan...sedih dan kecewa...dengan diri sendiri kerana sampai sekarang masih tidak tahu cara terbaik untuk menegur kesilapan teman2...bukan la nak kata diri ni perfect tp terasa bahu kesedaran memikul tggungjawab sbg khalifah dan `abid tuh lagi berat jika nak dibandingkan dengan keberatan apa pun yg ad kat dunia ni coz ianya melibatkan perlakuan dunia & mencorakkan akhirat kita mcm mana kelak...lebih parah lagi bila terbaca satu artikel dari
blog ni mengenai kisah seorang wanita & facebook...takut menjadi salah seorang yang dipersalahkan di atas pertanggungjawaban yang xtertunai tuh...

emm tp satu yang pasti, ana akan carik gak wasilah yang terbaik...tp kadang tuh bile dh ad semangat, semangat tuh hilang bile dapat tau yang perbuatan salah mereka tuh mendapat sokongan dan di sambut baik oleh darah daging (family) mereka sendiri...mana perginya sensitiviti orang islam kini apabila perlakuan salah dipandang sebaliknya??...na`uzubillah...harap kita xtergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas (termasuk golongan mcm ana-lemah)...huhu...jadi fifa!strike for the truth...insyaAllah, Dia nilai...amin...

wallahu`alam...

harus kuat!

29 November 2010

bismillahirrahminirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

pertama sekali nak mohon maaf pada blog juga sahabt2 blogger sume kerana lama xberupdate...bukan niat nak abaikan cume need some space n time tuk share...huhu abaikan...ok,tajuk entry yg ingin dikongsi kali ni ialah harus kuat...huhu...kenapa ek?? ntah la...rase terpanggil dalam hati untuk membisikkan kata2 ni hari ni...huhu...so jom duk beriman sejenak...
emmm... dalam hidup ni terlalu banyak dugaan dan cabaran yg dtg secara tibe2 kan...sakit yg xdiduga, kehilangan yg xdijangka, kegembiraan yg bertimpa2, dn mcm2 lagi...sume tuh ujian...ujian yg mana kalau dinilai dari sudut pandangan kte orang islam adalah sebagai suatu ni`mat...betapa Allah itu Maha Hebat dan betapa Maha Halus tarbiyah buat hambaNya yg sering lalai dan alpa...

"dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"
(53:43)
sebut pasal tertawa dan menangis, mana antara dua ni yg lebih kte ingt pada Allah??huhu...bg ana dua2 ingt, cume mungkin waktu menangis kot yang lebih ingat..atau lebih tepat masa hati tgh bersedih...
"dan apabila Kami berikan ni`mat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa"
(41:51)
tp untuk apa rasa itu diberi?? supaya kte kembali kpd sunnahtullah (aturan2 Allah), yg mana salah satunya ialah setiap pertemuan pasti ada perpisahan...dan setiap kegembiraan pasti terselit kedukaan...mahupun di mana ada kejayaan di situ juga ada kegagalan...

jadi usah ditanya mengapa begitu percaturannya...kerana kte tidak berhak untuk mengeluh apatah lagi putus asa dengan ni`matNya...xbermakna apabila kita kehilangan sesuatu, maka ia adalah suatu pengakhiran buat kita...sebaliknya ia adalah suatu permulaan untuk kita supaya lebih berusaha dan lebih bersemangat...mungkin hari ni Dia amik pe yang kita ad, dan mungkin hari esoknya Dia ganti dengan yang lebih berharga...ingatlah Dia Yang Maha Kekal dan Maha Hidup...yg sentiasa menjadi pendamping kita (jika kita menjadikanNya sebagai pendamping yang sejati)...kita harus kuat...!dan harus belajar untuk menerima hakikat sebenar kehidupan yang tidak selalunya indah...kerana kehidupan indah yang sebenarnya hanyalah di syurga sana...jadi ana ingin mengajak semua yang membaca kembali muhasabah diri...dan kembali mendekatkan diri kepadaNya kerana di situ sumber ketenangan dan kebahagiaan...

wallahu`alam...

.:syukur:.

29 Oktober 2010


bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad


alhamdulillah bersyukur sgt pada Allah yg dh beri kekuatan pada ana menghadapi liku2 di sepanjang seminggu dua ni. mggu ni je dh habis sume test,viva n assignment serta presentation. lega sgt. dh le fokus pada study n exam yang bakal tbe lg 3 mggu. sgt mengharapkan yg semester kali ni boleh beri anjakan kepada pointer yang sedia terkumpul memandangkan paper yang bakal di ambil kali ni hanya 4 paper. huhu still kne wat yang terbaik. xle leka n tangguh coz subjek2 yang berempat tuh agak 'killer'. huhu abaikan. yang penting usaha+doa+tawakkal=kejayaan. so kawan2 sume, high kan speed and velocity anda untuk terus maju



p/s: harap amalan sehari2 juga begitu ye. insyaAllah amin..

kataku pada hati

24 Oktober 2010

oh hati
mengapa kau kini kian tersentuh
dengan kebaikan2
dan perbuatan2
saudaramu sendiri
oh hati
bersabarlah
kerana ku tahu
betapa beratnya hukuman yang dikenakan ke atasmu
walaupun kau dihukum tanpa mengetahui apakah kesalahanmu
oh hati
kenanglah
ganjarannya besar disisi Tuhanmu dan juga Tuhanku
mungkin ini petunjuk dari Tuhan
yang mengajarkan kepadamu erti hidup
kerana xsemua yang baik itu akan dipandang baik
dan kerana
xsemua yang jahat itu di pandang jahat
oh hati
bisikkan bahawa ini semua akan berlalu
seperti berlalunya
segala memori indah
dan kenangan silam dahulu
oh hati
ingatlah bahawa Tuhan bersamamu
bersama orang2 yang mendekatkan diri kepadaNya
bersama orang2 yang benar
bersama orang2 yang menuju kepadaNya
oh hati
lembutlah dikau
tenanglah dikau
kembalilah dikau
kepada Dia yang menciptakan
semoga kejayaan menjadi hak milikmu
amin

LapARnYa JiWa NiE

04 Oktober 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala puji2an hanya kepadaMu
Tuhan yg Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu
ampuni aku
dan peliharalah mereka2 yg aku sayangi
dalam pemeliharaan Rahmat dan RahimMu

pagi yg damai. suasana yg ceria. melihat indahnya kehidupan ini mengingatkan ana pada indahnya lagi kehidupan di sana kelak. sesungguhnya syurga adalah tempat yg mana telah dihamparkan segala kenikmatan di dalamnya. Allahuakbar! terasa betapa diri ni xlayak untuk memilikinya. terasa betapa diri ini goyah imannya. terasa betapa diri ini semakin sukar mendapatkannya.

sudah banyak peringtan yg ada dalam kitab pegangan hidup kita ini, Quranul Kareem. tp sejauh mana kte menggunakannya? aduh terasa bahawa kitab ini di baca bile ada keperluan sahaja. sungguh manusia berada dalam kerugian (103:2). dan sungguh terasa bahawa kitab ini di bace bile ditimpa musibah sahaja. sedangkan ianya lebih dari itu. melebihi segala keperluan kita di dunia ini.

rindu suasana membudayakan membaca Al-Quran tiap2 malam. malah selepas solat fardhu di zaman sekolah menengah dulu. tp ternyata ianya dilakukan kerana peraturannya begitu. bukan lahir dr hati untuk melakukannya. Allahuakbar! betapa jahiliah telah membungkus kemas naluri hati ini dan kali ini ianya terjadi sekali lagi. betapa kosongnya jiwa. sedangkan ia merupakan makanan rohani yg termudah untuk dilakukan. bukan lama mana pn. even kalau mamnu` skalipn still boleh bce maknanya. sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan (Hadith 1: Hadith 40)

kalau nak kata bz ngn kelas, assignment, discussion, xkan la 5minit pn xde mase nak buke Al Quran n bce? aduh banyak tol alasan. no 3x!! bangun ifa, bangkit dri tido yg lena. tingkatkan ketaqwaan dan carilah wasilah (jalan) mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung (5:35).

so kawan2, dalam usaha kite mencari ilmu Allah dalam bidang2 tertentu ni (let say ana ni, fizik la) pe kata kite tambah ngn cari ilmu Allah dalam bidang2 yg kte xkan dapat kat dewan kuliah saban hari cth: ilmu tentang nikmat syurga mahupun ilmu tentang sejarawan teragung kte, Nabi SAW serta ilmu tentang peringatan2 lainnya yg banyak diceritakan dalam kitab Al Quran itu sendiri. sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang2 yang tidak mengerti (8:22). peringatan buat diri sendiri.

wallau`alam

RisAu

01 Oktober 2010

Bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala pujian2 hanya kepadaMu
Tuhan yg Mentadibir sekalian alam
kepadaMu tempat aku memohon
dan padaMu tempat aku dikembalikan

alhamdulillah masih diberi kelapangan masa dan waktu untuk update blog. sian blog ni. disia2kan tuannya. huhu. abaikan. minggu yg penuh debaran dan teka teki. xtaula nape seminggu dua ni jd cepat je naik angin. dan org yg bese kne, xlen xbukan cik timah la. rumet kesayangan. huk3. ujian demi ujian, musibah demi musibah, cabaran demi cabaran. yg kadang2 tuh meragut keimanan dalam hati ni. dan golongan yg paling bersorak gembira, of coz syaitan laknatullah. bertempik kegirangan melihat anak adam tuh tewas dgn diri sendiri. astaghfirullah3x.

balik cuti raye ni sebenarnya rushing nak siapkan keje ko-k. amik khidmat masyarakat. 20 jm kredit. balance masih ada 5 jam ag. insyaAllah habis next week. cakap pasal khidmat, mcm2 boleh buat. cume grup kami decide tuk g PPUM (Pusat Perubatan UM) je. dekat n senang nak wt coz dah ad badan NGO yg uruskan hal2 charity di PPUM. alhamdulillah.

semalam je kteorg g Pusat Serenti (PUSPEN) kat Sepang. tkot gak mase g tuh. tp xde pe yg Allah nilai di sisiNya melainkan amal dan taqwa. huhu. peringatan tuk diri sendiri. towards the end of our trip, something happen. cuak gak coz ad orang suspek kteorg curi hp dia. dua kali gak la wat spot check. menggeletar lutut ni xyah cakap la. Allah Taala je yg Tahu. tp alhamdulillah kebenaran memihak pada kami. hmmm sian gak kat mak cik tuh. harap org yg wat tuh sgera bertaubat. peringatan tuk diri sendiri gak.

hari ni plak g lawat sorang patient tuh, hari lahir dia hari ni. semoga cepat sembuh ye kak Raja. muda lg. baru 22 tahun. tp sgt tabah. diuji ngan ujian seberat tuh. even kalau kne pada diri sendiri, ase xmampu nak hadapi.

then tgk plak mak cik sorang ag tuh. kanser tulang. subhanallah, berat sungguh cabaran. hanya org2 terpilih yg Allah uji dgn sebegini rupa. semoga syurga menanti buat org2 yg sabar.

bila dah mcm ni, jd bersyukur sgt coz sume nikmat pnjaman Allah ni masih utuh dan baik untuk digunakan dalam rutin seharian. betapa setiap stu dari anggota kte ni akan disoal tentang apa2 yg dh dikerjakan sepanjang hidup di dunia. waktu pembicaraan di mahkamah Allah kelak, xde sape yg akan ter"bias". sume di adili dengan sama rata sama rasa. even benda sebesar zarah skalipun is taking into count. mula la segala yg tersirat akan tersingkap. yang terlindung jadi terbongkar. dan beruntungla bg org2 yg menjga aib org len krn Allah akan menjaga aibnya di sana nanti. subhanallah betapa pemurahnya Allah.

dan manusia tuh akan diuji pada titik kelemahan masing2. dan kelemahan ana ialah cepat panik lalu bertindak tnpa berfikir panjang. tp sbnrnya banyak je lg kelemahan. nak highlight nya cni, sifat ni sbnrnya xbgus. sgt xbgus bg seorg pemegang tegaknya kalamul haq. n ana ngah berusaha utk lbh cool dn berfikir tntng stu2 tindakan tuh.

so kawan, asif jika ad kesalahan n kesilpan ye. yg bek dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan.

wallahu`alam.


..:hatiku remuk:..

01 September 2010

aku berlidung dari Allah
Tuhan sekalian alam
dengan menyebut namaMu
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
subhanalah, walhamdulillah, walailahaillallah, allahuakbar
astaghfirullah al-`azim...3x


walau dah banyak hari peristiwa tuh berlaku

tapi hati ni tetap masih terguris

tetap masih tersisa calarnya

tetap masih terasa peritnya

suatu kebenaran yang dicari

akhirnya telah disalaherti

xsemua yang dirancang bakal terjadi

kerana takdir Allah mengatasi

sudah puas kumemujuk hati ini supaya biarkan ia pergi

namun luka yang terkesan di hati terlalu berat untuk disingkir

terlalu payah untuk diusir

tabahkan hatiku Tuhan

andai ini jalan yang Kau redhai

aku pasrah

kerana ku percaya

Engkau sentiasa menginginkan kebaikan buat hambaMU

dan moga ini yang terbaik untukku

amin

..:Hidup:..

29 Ogos 2010

tak semua yang dirancang menjadi
tak semua yang difikirkan benar
dan
tak semua yang hidup tu sempurna
kerana itu semua hanya akan terjadi dengan izinNya
tabahkan hati
cekalkan jiwa
pasti dirimu beroleh kejayaan

Sungguh, Hanya Kau yang kami cintai

18 Ogos 2010

Bismillahirrahmanirrahim;
Allahumma Solli`ala Muhammad;
Wa `ala ali Muhammad.

Segala puji bagi Allah;
Tuhan yang mentadbir sekalian alam;
Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu

Salam Ya Ramadhan Kareem;
Moga kehadiranmu membawa seribu erti dalam hidupku.

Minggu ni merupakan minggu yang agak menggugat emosi ana yang waktu ni lemah sangat. Tapi ana tahu sehebat mana pn ana diuji, namun kasih sayang Allah itu tetap ad bg hambaNya yang sentiasa inginkan perhatian dan kasih sayang itu. SesungguhNya Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sungguh, rindu sgt kat umi abah, asyraf, abg n kak sheda. Rindu nak buke nak sahur sma2. Boleh dikatakan sepanjang tempoh puasa ni, xpernah ag balik umah tuk buke n sahur sekali ngan family. Huhu sedih. Tapi komitmen pada sitting n tanggungjawab kat surau membatasi semua tuh. Harap tuk terus teguh sampai ke hujungnya. Amin.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dari test elektronik, presentation lab elektronik, sampai la ke exam pengenalan kepada sistem bumi next week nya. Rase sekejap je dah nak masuk pertengahan semester (xtermasuk cuti).

Tapi bila semak balik diri, semua ujian2 akademik tuh kte semangat wat preparation. Mcm mana pulak ngan ujian
menghadapi sakitnya sakarat yang mana Nabi Muhammad (SAW) sendiri merasainya seperti kain yang diperah peritnya. Macam mana plak ujian dalam kubur nanti? Mampu ke nak berhadapan ngan Malaikat Mungkar dan Nakir dalam menjawab semua persoalan yang 100% bergantung pada amalan kte semasa hidup?

Subhanallah. Tetapkanlah hati2 kami dalam agamaMu Ya Allah. Sungguh, hanya Kau yang kami cintai.

Jadi, bersempena bulan penuh keberkatan ni, sama2 lah kte topup iman dan amal kte memandangkan semua syaitan telah dibelenggu, dan Allah telah menurunkan RahmatNya dengan dibukakan pintu syurga seluas2nya dan ditutupkan pintu neraka.

Didikla nafsu kte supaya lebih ke arah kebaikan agar bulan2 seterusnya menerima manfaat di atas kehadiran bulan ramadhan ini. Set target masing2 supaya kte ad aim yg lebih penting dalam menjalani bulan ini selain hanya berpuasa. Kerana bulan ramadhan bukanlah bulan di mana kite menjalankan ibadah puasa semata malah banyak lagi yang boleh dijalankan dalam bulan ini. Seperti qiam, tadarus, sedekah, bersederhana dalam semua hal dan lain2.

Jadi, lakukanlah semuanya kerana Allah kerana itu dapat memastikan keberkesan dan kelangsungan amalan tersebut di bulan2 akan datang. Amin

Wallahu`alam


MoGa Ini Yg TeRBaiK

23 Julai 2010

Alhamdulillah bersyukur sgt rasenya dapat buat keputusan yang paling genting pada waktu kecederaan mcm ni add n drop. Memandangkan result sem lepas agak mengecewakan jadi ana decide tuk amik hanya 3 subjek fizik sem ni ;fizik statistik, electronik n mekanik xtermasuk lab. jadi selepas lebih kurang 10x tukar jadual insyaAllah kali ni yang fix punye...

Bercakap pasal result sem lepas, ehm banyak yang perlu dibaiki...time managment, rythm of study, n yang paling penting hubungan dengan Allah n sesama manusia kne btol.
bukan pe masakan seorang majikan hendak memberikan gaji apatah lagi bonus kepada pekerja yang malas dan selalu lalai dengan tugas dan tanggungjawab yang dah diamanahkan kepada mereka? silap2 haribulan dipecatnya dia dari terus bekerja dengannya...na`uzubillah...

Tapi ana tau semua tuh bukan perkara yang senang nak dibuat sesenang rumus bagi Kirchoff Current Law (KCL) dalam electronik atau rumus2 yg lainnya walaupun kdg2 tuh susah gak...coz perkara yang dah sebati dalam jiwa kte perlukan satu impact momentum yang besar agar kesannya kelak lame n berterusan...

Jadi nak cakapnya di sini wahai sahabat2 maya ana semua, jgn biarkan Allah menegur kte dengan cara yang paling sukar yang kte xpernah impi pn untuk mendapatkannya (result exam drop pada kadar kecerunan yang paling tinggi)...harap2 faham


So ayuh upgrate iman n amal kte agar hidup kte kelak lebih diberkati Allah dan seluruh isi alam ini...


bukan senang nak jadikan yang susah itu senang, tapi ianya xkan pernah mustahil

22 Julai 2010

dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
segala puji2an hanya kepadaMu Tuhan semesta alam

em terasa lama benar blog ni sepi...banyak je benda nak disharekan, selalu je nak update blog tapi ntah kenapa jadi kelu nak luahkan...orang kata pe, "blur"??? abaikan...yang penting sifat ni xde dalam kamus hidup kte yang masih bergelar student...insyaAllah

sebenarnya hari ni nak repeat experiment elektronik ala yang sambung2 circuit tuh yang tak jadi hari selasa lepas tapi xtau plak kene mintak ngan penyelia dulu (lecturer la tuh)...dah semangat nak g ni lepas incident kat bilik tadi..hua!!! tapi dia plak xde kat bilik dia...so inilah jadinya...mengupdate blog...abaikan...

cakap punye cakap lupe plak ngan tajuk entri kali ni...pe pendapat kwn2 maya ana ni pasal tajuk kali ni??mana tak nya nak berjaya bukan senang, nak makan, nak mandi, nak BASUH BAJU, nak mcm2 lagi la pokoknya bukan keje senang...


em nape agaknya ye??try pikir, semua tuh perlukan tenaga n masa n banyak la lagi...ingat senang ke nak korbankan masa dan tenaga tuk semua tuh nak2 plak dalam kehidupan kte sebagai student skang??harap solat xtermasuk dalam senarai ye...

macam gak ngan perasaan kte...susahnya rase bile berdepan ngan situasi tertekan...rase nak lari dari semua orang...lari jauh2 lebih2 ag ngan orang yang wat kte terasa tuh...coz what??coz kte xnak terus-terusan terasa ngan dia...teringat ngan sorang member ni...dia ad hantar emel pasal terasa (kecil) hati ngan Allah...na`uzubillah...tkot!! kisahnya...

...ad seseorang ni terbaca kata2 pada bookmark yang tulisannya...

"mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah dosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

ye itulah kata2nya...nak diberitahu di sini bahawa jika ad seseorang berkelakuan atau berbicara sesuatu sampai tahap boleh mengecilkan hati, definitely dia berdosa tapi dosa yang lebih besar terletak pada orang yang dikecilkan hatinya tuh jika dia berkecil hati dengan kelakuan atau pembicaraan tersebut...faham x??ulang sampai faham ye...

kenapa hal ni boleh berlaku?? coz kte kdg2 xsedar bahawa pe yang berlaku tuh sebenarnya adalah tarbiyah atau teguran dari Allah TAPI melalui perantaraan makhlukNya yang lain...

jadi tanya diri antum semua...wajarkah kte berkecil hati dengan hal tersebut?? kita sebenarnya diberi perhatian (ujian) oleh Allah...tapi kite seolah2 menolak perhatian tuh dengan menyombongkan diri (berkecil hati) sedangkan jalan terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan selidiki balik diri kita ni...muhasabah balik n topup mana yang kurang...solat maybe??atau amalan2 kebajikan yang lainnya... macam hubungan kita sesama manusia atau binatang atau tumbuhan atau batuan sekalipun...

jadi nak dikaitkan ngan topic td... bukan senang nak hilangkan perasaan tuh tapi itulah yang harus kte capai dalam kehidupan ini...usaha, usaha dan teruskan usaha!!!peringatan wat diri sendiri juga...

jadi kepada sahabat2 sekalian pliz kalau ana menjauh dari kalian adalah bermakna ana nak hindarkan diri ana dari terus-terusan terasa dengan antum semua...tapi xbermakna antum salah ye...ana yang sepatotnya amik positif akan hal tersebut...harap seribu pengertian dan pemahaman...

wallau`alam...





nikmat itu

25 Jun 2010


hidup ni sentiasa ada kejutan. dan kte seringkali tertanya2 kejutan apa yg akan kte alami saban hari. ada kalanya perasaan kita girang, gembira sedangkan di waktu lainnya kita sedih dan merana. hebatnya peraturan Tuhan. xdiberikan semuanya sentiasa ceria dan xpula diberikan semuanya sentiasa duka.



"maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan"
Ar-Rahman



semoga kita xtergolong dalam golongan umat yg mendustakan segala mcm nikmat yg telah Allah berikan. namun hati kecil ini sentiasa bimbang tentang perjalann hidup yg tidak berkesudahan. risau jika kesedran tentang nikmatNya hilang dan tidak lg terkesan di hati. malah berbangga dengan nikmat2 tersebut yang ternyata milikNya dan bersifat sementara.

jatuh bangunnya seseorang itu adalah ketetapan dariNya namun knp kenyataan itu perit untuk diterima? mungkin kerana dah terbiasa dengan nikmat kesenangan yg diberikan oleh Tuhan maka semua itu dikaburi dengan ego yang tinggi. ya dan kini ego pula yang dipersalahkan. sedangkan raja dalam diri itulah puncanya.



"setiap di dalam jasad itu terdapat seketul darah; sekiranya baik maka baiklah seluruh jasad; dan sekiranya jahat maka jahatlah seluruh jasad; ketahuilah ianya adalah hati"

RW : Bukhari dan Muslim



hati bersangkut paut dengan keimanan. maka peliharalah ia kerana ia bisa menjadi penawar dan bisa juga menjadi racun. manisnya nikmat keimanan itu perlu dicapai semula. ikatlah dengan sentiasa mengingatiNya. kejarlah dengan sentiasa bermuhasabah diri kpdNya. garaplah dengan penuh kerendahan dan sujud malam hanya untukNya. dan pasti engkau menemuinya semula. yakin dan berusahalah kerana hanya itu caranya untuk kta memperoleh kesudahan hidup yang sempurna.



ingin aku
kembali kepada fitrah insani
tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
bebaskanlah diriku
dari dibelenggu
dosa noda nafsu durjana

terimalah taubatku Ya Allah
bimbinglah daku ke jalan redhaMu
moga sinarMu terangi hidupku
di dalam kegelapan

aku kan kembali padaMu Rabbi
menghadapMu Ya Rabbul `Izzati
segala ketentuan kupasrahkan
di hujung penghayatan

chorus : lagu kembali, Far East




Sakitnya Disakiti Orang Yang Kita Sayang

16 Jun 2010

Ana yakin rmai yg penah alami perasaan ni kan? Well, itulah manusia. Xkn pernah terlepas mersai segala rencah kehidupan. Pahit, manis, sumenya sesuatu yg pasti terjadi. So, lgkh terbaik, redha n sabar. Berat mulut bercakap, berat lg bahu yg memikul (wah wat pepatah sendiri)...Abaikan...yg pentingnya nak bgtau, ckp memg senang...tp bila kne kat btg hidung sendiri mulalah...Hilang sume tuh...besela setan selalu cari jalan nak rosakkan manusia...tp slah dia ke or salah kita yang terus terusan ngn perasaan tuh...

Back to the topic...sakitnya hati ni kdg2 memg xle nak kawal...Geram, marah, benci sume ad...Even we`ve try our best tuk xterasa hti ag tp...makin hari ase makin sakit...Tapi bukan tuh yang kita nak dalam hidup ni...Xbawak kemana pn melainkan kte akn jd makin jauh dari dia...Sume ni kalau difikir2kan sesuatu yg ptot kte amik positif...Kte xtau pe dosa kte ngn dia or maybe org len yg kdg2 tuh, Allah nak bg kte plak rase...berbaik sangkalah dengan Allah...Dia xkan bg kte sesuatu yg kte xle bwk...sumenya papepun atas kehendakNya jua...Jd lw kte xredha ngn kejadian tuh, obviously kte pn jd xredha ngn takdirNya...ye x...??(ehmmm nak pujuk diri sebnrnya supaya lebih tabah n kuat)...teringt ag ngn tazkirah dari sorng member UM (`ain shafie) yg menyampaikan dari Imam Al-Ghazali (lw xsilap)...indahnya lw kte slg memaafi...

So kpd sume ana mohon maaf jka ad kesalahan2 yg sec sedar or x yg telah ana wat...Segala yg bek drNy n yg xbek juga drNy tp melalui kelemahan dan kehinaan diri ana sendiri...

juz one question..."does anyone know when they would having that feeling from a friend over n over n over??"...ehm... nobody would know that untill they face it...wallahu`lam

ceritera hati

04 Jun 2010

memang xdapat dinafikan
persaanku tika ini meresahkan
antara sedih dan bimbang
antara cemburu dan iri hati
antara benci dan khianati
tapi pada apa2 yang mendatang
ku yakin
pasti ada hikmahNya
cuma
ku bimbang
masih ada harapankah untukku
memperbaiki kesilapanku yang dulu
memperbetul kesalahanku yang sama
masih adakah peluang untukku Ya Allah
mengemis kembali cintaMu
yang xpernah surut mengetuk pintu hatiku
yang xpernah jemu mengintai ruang qolbuku
yang xpernah lelah memimpinku
hingga aku buta dengan segala nikmatMu
dengarkan Ya Tuhan pintaku
dengan segenap segi ku memohon
ampunilah dosaku
aku tidak mahu
pada masa akan datang
di mana semuanya telah terlambat untukku
maka apa yang sedia menanti hanyalah
kehancuran harapan kedua orang tuaku
kebinasaan masa depanku
kerosakkan segala angan2ku
Ya Allah
aku mohon
jangan biarkan sejarah itu berulang lagi
kerana
deritanya xtertanggung
rasanya xterbendung
peritnya xterpikul
ketahuilah
kepadaMu tempat aku memohon
dan kepadaMu tempat aku meminta pertolongan
maka perkenankanlah
amin

tekadku

28 Mac 2010

alhamdulillah masih diberikan Allah kesempatan untuk berceloteh di sini. disamping dapat berkongsi dapat juga ana melatih diri untuk mahir dalam menaip. ki3 hanya sampingan ye.
minggu lepas tanggal 25 hb genap la dua kali ana menjalani exem lab(viva). bukan jenama kereta ye. kali pertama masa sem lepas. di adili oleh seorang tutor. tapi kali ini sedikit berbeza kerana pensyarah pula yang menjadi pengadilnya. fuh ketaq lutut jangan cakap la. kepala ni rasa dah nanar duk sumbat2 dengan ilmu yang boleh dikatakan last minute punye input. tapi berkat berserah pada Allah akhirnya dapat jalani dengan baik ana kira. alhamdulillah. sehabis baik dah ana buat tapi still rasa xcukup mantap. moga Allah teruskan usaha untuk exam2 mendatang.
xcukup dengan itu, ana dikejutkan dengan msg ym dari seorang sahabat lama ana. siapa? biarlah rahsia. cukup untuk ana beritahu, kehadiran msg dia membuatkan ana terasa untuk lebih jauh darinya. xsanggup lagi rasenya nak selindungkan perkara yang ana kira dia berhak tau. tp sejauh mana ana fikir, hati ini tetap payah untuk berterus terang. tetap tegar membisikkan supaya hal itu dirahsiakan dari pengetahuaanya. walau mcm mana baik sekali pun dia, ana kira dia xlayak untuk ana lakukan sesuka hati ana. dia terlalu baik dan layak untuk mendapat lebih baik dari itu.
pun begitu ana harap kata2 ana xmelukakan hatinya. dan keputusan ana adalah muktamad. sesuatu dan seseorang perlu berkorban. hal ini jika dibiarkan akan merosakkan masa depan. bahaya untuk kita berjinak dengannya kerana ia adalah virus yang sangat merbahaya. mampu melumpuhkan aqidah dan keimanan kita selaku hambaNya yang Kuasa. jadi bermula malam ini, tekad itu akan ana perjuangkan. demi masa depan ana, dia dan semua yang ada. cuma satu yang ana nak katakan, walau papepun berlaku semuanya ad hikmahnya. pertahankan semampu kita.
insyaAllah ini mujahadahku.

...hari yang panjang...

08 Mac 2010

assalamualaikum semua...
salam ukhuwah dari ana...
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilahaillah allahu akbar...
allahu akbar...

ehm terase sgt2 lama diam...
xgerak mana blog ni nampaknya...
masih kurang praktikal dalam bab time management ana kira (huhu)...

just ank post something sikit before get to sleep...
tiba2 hati ni tergerak tuk lakar perjalanan hidup sepanjang hari ni...

alhamdulillah ana bersyukur sgt atas nikmat Allah...
baru kini ana terase penatnya drive for a long distance...
tapi nak kata long pn idakla juga...
KL-MELAKA(umah timah) and patah balik MELAKA-KL
dalam 140km plus2 la gak (huhu)
sorry kwn2 UM xdpt ajak skali...
coz dari umah kan...
sedara mare semua baru pas balik ke ganu pg tdi...
so gerak dlam keadaan rumah yang masih berkecah...
asif jiddan...

ok sambung...
yang nak suke nya...
sampai kat tempat yang dituju nextnya tuh(rumah kawan umi plak) boleh terlelap kat situ right after solat...
ehm bgn2 dah terhidang makann...
n pe ag santap la dgn pnuh selera...
alhamdulillah mash dikurniakan nikmat makan...

anak dara pe ni kan...
bgn2 tido je terus makan (huhu)...
jgn tru aksi ini ye...

ana jadi terpikir sendiri...
betapa ibu bapa kita(bapa) la especially...
boleh thn drive tuk distance yang lebih jauh lagi dri tuh...
400km plus maybe???
KL-GANU, KL-KELANTAN maybe???

terasa betapa budi mereka memg xterbalas ngn kata2...
hanya doa tuk mereka berdua...
dan juga untuk seluruh ibu bapa di dunia ini...
amin...

jadi bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan keatas kita...
dalam kita sedar mahupn idak...

wallahu`alam...

...terasing...

23 Januari 2010

...kenapa semakin hari berlalu...
...semakin terasa keasingngan dalam diri...
...terasing seperti pengembara sesat di gurun...
...gersang...
...tandus...
...kering...
...yang ada menemani hanyalah air mata...
...oh air mata...
...kau mengalir laju...
...membasahi pipiku...
...yang hiba dengan keterasingan diri ini...
...di manakah langkah pengakhirannya...
...yang kulihat hanyalah padang pasir yang hebat dilanda angin...
...Ya Allah...
...aku memohon dariMu dengan segenap rasa cintaKu padaMu...
...kirimkan aku jalan melalui angin ini...
...jalan yang Kau berkati...
...yang mana dengan jalan itu...
...dapat mengembalikanku ke duniaku yang dulu...
...ditemani sahabat2 yang seiring denganku...
...berkongsi suka duka...
...saling berpesan2 dengan kebenaran...
...sungguh aku rindukan mereka...
...mereka yang didalam duniaku itu...
...kuatkan semangatku unutuk teruskan perjalanan ini...
...hingga ke akhirnya...
...amin...