MoGa Ini Yg TeRBaiK

23 Julai 2010

Alhamdulillah bersyukur sgt rasenya dapat buat keputusan yang paling genting pada waktu kecederaan mcm ni add n drop. Memandangkan result sem lepas agak mengecewakan jadi ana decide tuk amik hanya 3 subjek fizik sem ni ;fizik statistik, electronik n mekanik xtermasuk lab. jadi selepas lebih kurang 10x tukar jadual insyaAllah kali ni yang fix punye...

Bercakap pasal result sem lepas, ehm banyak yang perlu dibaiki...time managment, rythm of study, n yang paling penting hubungan dengan Allah n sesama manusia kne btol.
bukan pe masakan seorang majikan hendak memberikan gaji apatah lagi bonus kepada pekerja yang malas dan selalu lalai dengan tugas dan tanggungjawab yang dah diamanahkan kepada mereka? silap2 haribulan dipecatnya dia dari terus bekerja dengannya...na`uzubillah...

Tapi ana tau semua tuh bukan perkara yang senang nak dibuat sesenang rumus bagi Kirchoff Current Law (KCL) dalam electronik atau rumus2 yg lainnya walaupun kdg2 tuh susah gak...coz perkara yang dah sebati dalam jiwa kte perlukan satu impact momentum yang besar agar kesannya kelak lame n berterusan...

Jadi nak cakapnya di sini wahai sahabat2 maya ana semua, jgn biarkan Allah menegur kte dengan cara yang paling sukar yang kte xpernah impi pn untuk mendapatkannya (result exam drop pada kadar kecerunan yang paling tinggi)...harap2 faham


So ayuh upgrate iman n amal kte agar hidup kte kelak lebih diberkati Allah dan seluruh isi alam ini...