ikhlaskah aku?

29 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

dalam meniti hidupku sehari-hari, pernah diri ini tertanya sendirian.. adakah setiap apa yang dilakukan ikhlas keranaNya? atau semata-mata kerana ingin ditujukan buat seseorang.. atau hanya sekadar memenuhi permintaan seseorang.. atau hanya sekadar ingin meraih perhatian..

hinanya terasa.. hidup dalam kepura-puraan.. jahiliyah yang membelenggu diri terasa amat payah untuk dilupuskan.. perlukan semangat yang tak bertepi bagi menemani perjuangan yang kian surut.. berikan ku kekuatan Ya Tuhan.. jangan Kau pisahkan kami dari Rahmat dan PengampunanMu..

langkah penuh duri harus diteruskan.. kerana hakikat ia hanya sakit yang sementara cuma.. berilah sepenuh perhatian buat insan yang memerlukan.. kerana di situ mungkin terletak kekuatan yang didambakan.. kerana mungkin jua di situ terletak nilai yang Dia pandang..


namun tidak ku nafikan tentang goyahnya iman yang datang dengan tiba-tiba.. yang tak terduga kemunculannya.. yang tak terbendung rasanya.. pahit dan sakit.. bagai sembilu yang menikam qalbu.. Allah.. aku memohon maghfirahMu.. ikhlaskan aku..