.:syukur:.

29 Oktober 2010


bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad


alhamdulillah bersyukur sgt pada Allah yg dh beri kekuatan pada ana menghadapi liku2 di sepanjang seminggu dua ni. mggu ni je dh habis sume test,viva n assignment serta presentation. lega sgt. dh le fokus pada study n exam yang bakal tbe lg 3 mggu. sgt mengharapkan yg semester kali ni boleh beri anjakan kepada pointer yang sedia terkumpul memandangkan paper yang bakal di ambil kali ni hanya 4 paper. huhu still kne wat yang terbaik. xle leka n tangguh coz subjek2 yang berempat tuh agak 'killer'. huhu abaikan. yang penting usaha+doa+tawakkal=kejayaan. so kawan2 sume, high kan speed and velocity anda untuk terus maju



p/s: harap amalan sehari2 juga begitu ye. insyaAllah amin..

kataku pada hati

24 Oktober 2010

oh hati
mengapa kau kini kian tersentuh
dengan kebaikan2
dan perbuatan2
saudaramu sendiri
oh hati
bersabarlah
kerana ku tahu
betapa beratnya hukuman yang dikenakan ke atasmu
walaupun kau dihukum tanpa mengetahui apakah kesalahanmu
oh hati
kenanglah
ganjarannya besar disisi Tuhanmu dan juga Tuhanku
mungkin ini petunjuk dari Tuhan
yang mengajarkan kepadamu erti hidup
kerana xsemua yang baik itu akan dipandang baik
dan kerana
xsemua yang jahat itu di pandang jahat
oh hati
bisikkan bahawa ini semua akan berlalu
seperti berlalunya
segala memori indah
dan kenangan silam dahulu
oh hati
ingatlah bahawa Tuhan bersamamu
bersama orang2 yang mendekatkan diri kepadaNya
bersama orang2 yang benar
bersama orang2 yang menuju kepadaNya
oh hati
lembutlah dikau
tenanglah dikau
kembalilah dikau
kepada Dia yang menciptakan
semoga kejayaan menjadi hak milikmu
amin

LapARnYa JiWa NiE

04 Oktober 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala puji2an hanya kepadaMu
Tuhan yg Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu
ampuni aku
dan peliharalah mereka2 yg aku sayangi
dalam pemeliharaan Rahmat dan RahimMu

pagi yg damai. suasana yg ceria. melihat indahnya kehidupan ini mengingatkan ana pada indahnya lagi kehidupan di sana kelak. sesungguhnya syurga adalah tempat yg mana telah dihamparkan segala kenikmatan di dalamnya. Allahuakbar! terasa betapa diri ni xlayak untuk memilikinya. terasa betapa diri ini goyah imannya. terasa betapa diri ini semakin sukar mendapatkannya.

sudah banyak peringtan yg ada dalam kitab pegangan hidup kita ini, Quranul Kareem. tp sejauh mana kte menggunakannya? aduh terasa bahawa kitab ini di baca bile ada keperluan sahaja. sungguh manusia berada dalam kerugian (103:2). dan sungguh terasa bahawa kitab ini di bace bile ditimpa musibah sahaja. sedangkan ianya lebih dari itu. melebihi segala keperluan kita di dunia ini.

rindu suasana membudayakan membaca Al-Quran tiap2 malam. malah selepas solat fardhu di zaman sekolah menengah dulu. tp ternyata ianya dilakukan kerana peraturannya begitu. bukan lahir dr hati untuk melakukannya. Allahuakbar! betapa jahiliah telah membungkus kemas naluri hati ini dan kali ini ianya terjadi sekali lagi. betapa kosongnya jiwa. sedangkan ia merupakan makanan rohani yg termudah untuk dilakukan. bukan lama mana pn. even kalau mamnu` skalipn still boleh bce maknanya. sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan (Hadith 1: Hadith 40)

kalau nak kata bz ngn kelas, assignment, discussion, xkan la 5minit pn xde mase nak buke Al Quran n bce? aduh banyak tol alasan. no 3x!! bangun ifa, bangkit dri tido yg lena. tingkatkan ketaqwaan dan carilah wasilah (jalan) mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung (5:35).

so kawan2, dalam usaha kite mencari ilmu Allah dalam bidang2 tertentu ni (let say ana ni, fizik la) pe kata kite tambah ngn cari ilmu Allah dalam bidang2 yg kte xkan dapat kat dewan kuliah saban hari cth: ilmu tentang nikmat syurga mahupun ilmu tentang sejarawan teragung kte, Nabi SAW serta ilmu tentang peringatan2 lainnya yg banyak diceritakan dalam kitab Al Quran itu sendiri. sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang2 yang tidak mengerti (8:22). peringatan buat diri sendiri.

wallau`alam

RisAu

01 Oktober 2010

Bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala pujian2 hanya kepadaMu
Tuhan yg Mentadibir sekalian alam
kepadaMu tempat aku memohon
dan padaMu tempat aku dikembalikan

alhamdulillah masih diberi kelapangan masa dan waktu untuk update blog. sian blog ni. disia2kan tuannya. huhu. abaikan. minggu yg penuh debaran dan teka teki. xtaula nape seminggu dua ni jd cepat je naik angin. dan org yg bese kne, xlen xbukan cik timah la. rumet kesayangan. huk3. ujian demi ujian, musibah demi musibah, cabaran demi cabaran. yg kadang2 tuh meragut keimanan dalam hati ni. dan golongan yg paling bersorak gembira, of coz syaitan laknatullah. bertempik kegirangan melihat anak adam tuh tewas dgn diri sendiri. astaghfirullah3x.

balik cuti raye ni sebenarnya rushing nak siapkan keje ko-k. amik khidmat masyarakat. 20 jm kredit. balance masih ada 5 jam ag. insyaAllah habis next week. cakap pasal khidmat, mcm2 boleh buat. cume grup kami decide tuk g PPUM (Pusat Perubatan UM) je. dekat n senang nak wt coz dah ad badan NGO yg uruskan hal2 charity di PPUM. alhamdulillah.

semalam je kteorg g Pusat Serenti (PUSPEN) kat Sepang. tkot gak mase g tuh. tp xde pe yg Allah nilai di sisiNya melainkan amal dan taqwa. huhu. peringatan tuk diri sendiri. towards the end of our trip, something happen. cuak gak coz ad orang suspek kteorg curi hp dia. dua kali gak la wat spot check. menggeletar lutut ni xyah cakap la. Allah Taala je yg Tahu. tp alhamdulillah kebenaran memihak pada kami. hmmm sian gak kat mak cik tuh. harap org yg wat tuh sgera bertaubat. peringatan tuk diri sendiri gak.

hari ni plak g lawat sorang patient tuh, hari lahir dia hari ni. semoga cepat sembuh ye kak Raja. muda lg. baru 22 tahun. tp sgt tabah. diuji ngan ujian seberat tuh. even kalau kne pada diri sendiri, ase xmampu nak hadapi.

then tgk plak mak cik sorang ag tuh. kanser tulang. subhanallah, berat sungguh cabaran. hanya org2 terpilih yg Allah uji dgn sebegini rupa. semoga syurga menanti buat org2 yg sabar.

bila dah mcm ni, jd bersyukur sgt coz sume nikmat pnjaman Allah ni masih utuh dan baik untuk digunakan dalam rutin seharian. betapa setiap stu dari anggota kte ni akan disoal tentang apa2 yg dh dikerjakan sepanjang hidup di dunia. waktu pembicaraan di mahkamah Allah kelak, xde sape yg akan ter"bias". sume di adili dengan sama rata sama rasa. even benda sebesar zarah skalipun is taking into count. mula la segala yg tersirat akan tersingkap. yang terlindung jadi terbongkar. dan beruntungla bg org2 yg menjga aib org len krn Allah akan menjaga aibnya di sana nanti. subhanallah betapa pemurahnya Allah.

dan manusia tuh akan diuji pada titik kelemahan masing2. dan kelemahan ana ialah cepat panik lalu bertindak tnpa berfikir panjang. tp sbnrnya banyak je lg kelemahan. nak highlight nya cni, sifat ni sbnrnya xbgus. sgt xbgus bg seorg pemegang tegaknya kalamul haq. n ana ngah berusaha utk lbh cool dn berfikir tntng stu2 tindakan tuh.

so kawan, asif jika ad kesalahan n kesilpan ye. yg bek dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan.

wallahu`alam.