aku berlidung dari Allah
Tuhan sekalian alam
dengan menyebut namaMu
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
subhanalah, walhamdulillah, walailahaillallah, allahuakbar
astaghfirullah al-`azim...3x
walau dah banyak hari peristiwa tuh berlaku
tapi hati ni tetap masih terguris
tetap masih tersisa calarnya
tetap masih terasa peritnya
suatu kebenaran yang dicari
akhirnya telah disalaherti
xsemua yang dirancang bakal terjadi
kerana takdir Allah mengatasi
kerana takdir Allah mengatasi
sudah puas kumemujuk hati ini supaya biarkan ia pergi
namun luka yang terkesan di hati terlalu berat untuk disingkir
terlalu payah untuk diusir
tabahkan hatiku Tuhan
andai ini jalan yang Kau redhai
aku pasrah
kerana ku percaya
Engkau sentiasa menginginkan kebaikan buat hambaMU
dan moga ini yang terbaik untukku
amin