luahan rasa

19 Oktober 2012

di kala malam menjelma
hatiku berbisik mengata
sudahkah aku berusaha sedayanya
untuk terus berada pada jalan sebenarnya
untuk mengatakan bahawa aku telah bekerja
itu adalah sesuatu yang jauh untuk diduga

semakin aku atur langkah

semakin aku rasa payah
semakin aku mencuba
dan semakin itu pula aku kecewa
sungguh aku lemah terhadap segalanya

namun ku tahu

jalan ini harus diteruskan
meskipun dahagakan pengorbanan 
biarpun terbatas segala keperluan
walaupun dibayar dengan kesusahan
hatta menuntut nilaian kesabaran
tetap dan yakinlah nikmat kesenangan
di penghujung pengakhiran

selagi mana mata tidak tertutup buat selamanya

selagi itulah kita harus tetap berusaha
kalaupun bukan untuk diri kita
untuk mereka yang berada di sekitarnya
juga untuk dia yang telah tiada

tuhan

aku sedar aku bukan siapa-siapa
aku percaya bahawa aku adalah hamba
yang lemah lagi tidak berdaya
tidak memiliki kudrat dan tenaga
terhadap apa-apa yang Engkau punya

segala milikMu langit dan kerajaan semesta

semuanya tunduk bertasbih, puja-memuja
kuserahkan semua padaMu yang Esa
untuk menguatkan aku seadanya
dan memaut cinta hanya pada yang Kuasa
yang memiliki arasy yang nyata
dari segala anasir yang tumbuh melata

Syawal 1433H

29 Ogos 2012

bismillahirrahmanirrahim
allhumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim


---speechless--


Rindukan suasana raya tahun lepas. Masih teringt lg beberapa hari before raya, ana la org yg paling bz mencari teks khutbah 'aidilfitri buat abah. Search JAWI, search JAKIM, search la mana2 lg source yg boleh bg teks raya. Kata abah, senang dpt n dari sumber yg boleh dipercayai. Dah dapat teksnye cepat2 printkan utk abah.

Tapi raya kali ni dah xsama mcm yg lepas. Dulu kami 6 beranak cantik berpakain tema krim. Lelah jugaklah cari baju melayu abah kat Plaza Idaman tu. Coz taste abah memg dia je yg tau. Huhu. Siapa sgka itulah tema baju raya terakhir kmi bersama abah. Krim. Ye cntik tema tu. Bila da snap gambar sama-sama, terbyang yg baju melayu abah ibaratnya seperti sehelai kain putih yg bersih warnanya. Mendamaikan.

Syawal 1432H

Raya tahun ni, raya pertama kami tanpa abah. Sebak dgr takbir raya malam raya tu. Kalau ikutkan hati, memg laju je la air mata ni turun. Tapi sebab ada umi, tahan je. Tak nak bg umi tgk kelemahan anak dia. Umi plak, memg awal2 dgr takbir after maghrib tu da merembes air mata dia. Huhu org tak pernah berjauhan. Skali kena, memg sakit.

Semua benda pn ad expired datenya. Kita ni pinjaman dr Allah. Dan kalau tak kerana rahmat dan kasih sayangNya, kita tak kan mampu berbuat apa-apa. Dan bg ana, raya tahun ni ana isikan dengan memperbanyakkan amalan ziarah yg sememgnya sgt dituntut dalam agama. Mungkin org beranggapan bhw semenjak kehilangan abah ni ana nampak lebih bebas, beraya even sampai ke kuala selangor yg jauhnye boleh sampai ke negeri lain tp bg ana inilah peluang utk ana teruskan amalan yg pernah abah lakukan. Menziarahi sahabat handai. Kalau dlu, amalan ziarah raya ni xsesemangat raya kali ni, jadi raya kali ni biarlah berniat memanjangkan pahala utk abah. Cuma tidak kesampaian untuk menziarahi ibu Zaifatul (guru Dinamika di KMPh dulu) di Perak. Maaf ibu ye.

And malam td baru lepas ziarah sedara belah abah kat Selayang Baru. Seronok dgr crita dorang pasal arwah. Sejuk je hati. Rasa terubat rindu pada dia. Sambil2 tu terhibur jiwa dengan gelagat anak-anak buah yg semakin membesar dgn lasaknya ni. Ehe yang bestnya, lagak Asyraf mcm membayangkan Atuk Mat tu mcm Atuk Man dia. Sweet sgt. Sampai balik pn masih mesra. Rindu Atuk Man dia agaknya. Apa-pe pn abah, kami semua mendoakan kesejahteraan abah di sana. Abah sentiasa bermain dalam hati dan sanubari kami semua. Cuma antara terluah dengan tidak je. Moga abah tenang kat sana. Amin



Oh ye, inilah pengarang jantung pengubat hati kami. ~

Muhammad Asyraf bin Muhd 'Afif ..::15 Julai 2010::..
Ain Najihah binti Muhd 'Afif ..::23 Oktober 2011::.. [Berusia 2 minggu sewaktu abah pergi]

Keduanya diberi Allah kesempatan untuk mendapat nama hasil pencarian abah sewaktu hayatnya. Huhu masih terbayang membawa kamu bahasa arab tuk abah ke Pusat Rawatan Al-Islam Kampung Baru sebelum direfer ke PPUM seminggu selepas Ain Najihah lahir. A sweet moment to remember! Dan ana, jangka hayat hidup bersamanya selama 21 tahun 7 bulan sudah cukup untuk dikenang. Tak minta lebih [even memasang angan-angan untuk abah hadir di majlis konvo & menjadi qadi di majlis perkahwinan]. Cukup sekadar apa yg telah Allah tetapkan. Redha & ikhlas dgn qada serta qadarNya. Moga Allah menthabatkan rasa itu.

~Alhamdulillah Tuhan, saat Kau mengambil seseorang dr kami, Kau malah tidak melupakan untuk mengekalkan yang lg seorang sebagai penguat kami.~

hanya dengan izin Allah aku merasainya

02 Julai 2012

bismillahirrahmanirrahim
allhumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

alhamdulillah.. thummaalhamdulillah.. terima kasih Allah kerana memberikan aku ruang dan peluang seperti ini sekali lagi.. ceria sikit hari ni, dapat bawak asyraf n anan keluar..even g giant, tp moment yg di laburkan bersama mereka terasa menjadi ubat yg mujarab bagi menghilangkan kerinduan kepada abah..

thummalhamdulillah juga kepadaMu Tuhan kerana telah melancarkan majlis tahlil arwah yg berlangsung sabtu lepas..terima kasih kepada yang datang terutamanya sedara mara n jiran-jiran kerana kesudian mereka memenuhi jemputan kami sekeluarga. Tau je yang minggu tu minggu yang padat dengan segala macam jemputan, huhu tapi dah xde tarikh lain dah.

Mcm mana pn perancangan kite, perancangan Allahla yg tebaik. Huhu diberikan sakit sebagai kifarah dosa. Kalau dulu sakit, abahla org yg akan pujuk g klinik. Tp skang keadaan da berubah, kne force diri sendiri tok g klinik even xsuke. Nak wat cane? Sampai berat pn blh turun 2kg xkan masih nak ego xnak ke klinik kan? Huhu mcm budak2. Tp ni la 'afifah. Budak2 riang di rumah, yg selalu nak di manja abah. Tp sekelip mata keadaan berubah n I miss that precious moment with him. Tp skang at least budak tu da tau, mana arah tuju layar hidupnya nak di bawa. InsyaAllah. n asif sgt kepada ahlul-'adiyaat sume coz xdapat g sitting kte malam sabtu tu coz demam masih xbaik sepenuhnya. Kang org bawak kete sampai destinasi ateh bawak kete xsampai2 destinasi. Hihihi.

And beberapa minggu lepas, umi Mum selamat mendirikan BMny. Agaknya sempat lg xumi tok ateh ucap barakallahumma? Huhu. Semoga BM yg di bina mendapat redhaNya selalu. Amin. Namun sempat gakla kutip satu ibrah dalam perjalanan ke rumah umi Mum tu. Ibrahnya ialah sejauh mana pn kita rasa ujian yg kita dapat ni berat, ketahuilah ad org yg lebih berat ujianny dari kita. Kalau la ana diduga Allah untuk merasai kehilangan seorang ayah dalam usia tepat 21 tahun 7 bulan, ad org lain yang lebih muda yg pernah merasai kehilangan itu. Malah ad org lain yang bukan setakat hilang ayah malah hilang mak, dan xmustahil juga untuk dia hilang keseluruhan keluargany skali. Kerana hakikatnya kita ini hanyalah pinjaman Allah semata. Tidak kekal malah ad plak tarikh luputnya. Kalau tak kerana rahmat Allah, maka kita xkan pernah punya apa2. Huhu terasa berat, tp mcm mana pn kne gak lalui. Hurm, mcm mana blh dapat pengajaran sebegitu? Jawapannya hanya dengan izin Allah aku merasai segalanya. Dan semoga dengan rasa ini dapat meneguhkan lg rasa kecintaanku kepadaNya. Allahumma ya muqollibal qulub, tsabbit qolbi 'ala dinik, wala to'atik. Amin.

..........

12 April 2012

mata tak berkedip
suara tak terluah
rasa tak menentu

kenangan 5 bulan 6 hari itu kembali mengetuk pintu hati dan ingatan yang sgt dalam terhadap insan yang paling aku cintai di atas muka bumi ini..

sungguh Allah..aku rindu abh..
tempat kan dia di kalangan org2 yg Engkau kasihi..
al-fatihah

entry pembukaan tahun 2012

04 April 2012

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

thumma alhamdulillah, wasyukurillah, atas kesempatan ruang dan peluang yang Engkau berikan Tuhan.. sungguh segala puji-pujian buatMu, Tuhan semesta alam..

rindu..sayu..

itu perasaan ku tika menulis entry pembukaan tahun 2012 ini setelah 7 bulan tempoh penyepian yg bnyk melakar sejarah suka dan duka..


biarlah~

sungguh Allah, aku redha dan ikhlas menerima segala ketentuanMu..