moga dikau tenang di sana

30 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

malam td ana termimpikan seseorang yang telah pergi dr hidup ana kira-kira setahun lebih yang lalu.. redup wajahnya menggamit perasaan rindu dan sayang ana padanya.. sungguh sudah sunnatullah.. setiap yang hidup pasti merasai mati.. oh Tuhan, tempatkan dia dan orang-orang sebelum dan selepasnya dalam kalangan orang-orang yang soleh.. amin


al fatihah buat Nenda Hjh Ramlah Bt Sidin

ikhlaskah aku?

29 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

dalam meniti hidupku sehari-hari, pernah diri ini tertanya sendirian.. adakah setiap apa yang dilakukan ikhlas keranaNya? atau semata-mata kerana ingin ditujukan buat seseorang.. atau hanya sekadar memenuhi permintaan seseorang.. atau hanya sekadar ingin meraih perhatian..

hinanya terasa.. hidup dalam kepura-puraan.. jahiliyah yang membelenggu diri terasa amat payah untuk dilupuskan.. perlukan semangat yang tak bertepi bagi menemani perjuangan yang kian surut.. berikan ku kekuatan Ya Tuhan.. jangan Kau pisahkan kami dari Rahmat dan PengampunanMu..

langkah penuh duri harus diteruskan.. kerana hakikat ia hanya sakit yang sementara cuma.. berilah sepenuh perhatian buat insan yang memerlukan.. kerana di situ mungkin terletak kekuatan yang didambakan.. kerana mungkin jua di situ terletak nilai yang Dia pandang..


namun tidak ku nafikan tentang goyahnya iman yang datang dengan tiba-tiba.. yang tak terduga kemunculannya.. yang tak terbendung rasanya.. pahit dan sakit.. bagai sembilu yang menikam qalbu.. Allah.. aku memohon maghfirahMu.. ikhlaskan aku..

akhirnya....

09 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

syukur alhamdulillah Ya Allah kerana telah mempermudahkan urusanku...neway ana baru je nak habis paper final exm sem ni (10/11)...lega...dan tersgtlah bersyukur kerana ana rasa exm kali ni exam yg ana xmain2...huhu mungkin coz dtg kesedaran utk perbaiki pointer sem lepas yang teramat mengecewakan (melebihi rasa kecewa masa dapat result spm 3 tahun yang dulu)huhu...abaikn...

tp masa depan tuh rahsiaNya kan...ana redha kalau kejayaan masih bukan hak ana...siapa ana utk mempersoalkan takdir yg dah termaktub sejak azali lagi...apatah lagi memiliki sikap tidak redha ke atasnya...

insyaAllah esok nak balik umah...(windu!!)...walaupun xjauh mana tp ntah la...terasa berkobar2 lak nak tunaikan hak2 umi abah...(insyaAllah)...actually umah ad wat renovation sikit...so agak berkecah la umah tuh...hanya menantikan kepulangan puteri tercinta pulang je utk kasi sapu bersih semua skali...ki3...

tp dalam perasaan berkobar2 ni, terselit satu perasaan lain...perasaan yang susah untuk digambarkan...sedih dan kecewa...dengan diri sendiri kerana sampai sekarang masih tidak tahu cara terbaik untuk menegur kesilapan teman2...bukan la nak kata diri ni perfect tp terasa bahu kesedaran memikul tggungjawab sbg khalifah dan `abid tuh lagi berat jika nak dibandingkan dengan keberatan apa pun yg ad kat dunia ni coz ianya melibatkan perlakuan dunia & mencorakkan akhirat kita mcm mana kelak...lebih parah lagi bila terbaca satu artikel dari
blog ni mengenai kisah seorang wanita & facebook...takut menjadi salah seorang yang dipersalahkan di atas pertanggungjawaban yang xtertunai tuh...

emm tp satu yang pasti, ana akan carik gak wasilah yang terbaik...tp kadang tuh bile dh ad semangat, semangat tuh hilang bile dapat tau yang perbuatan salah mereka tuh mendapat sokongan dan di sambut baik oleh darah daging (family) mereka sendiri...mana perginya sensitiviti orang islam kini apabila perlakuan salah dipandang sebaliknya??...na`uzubillah...harap kita xtergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas (termasuk golongan mcm ana-lemah)...huhu...jadi fifa!strike for the truth...insyaAllah, Dia nilai...amin...

wallahu`alam...