ketenangan yang dicari

28 Jun 2011

bismillhirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

Setiap orang dari kita telah ditetapkan dgn ujian masing-masing. Ada ketika ujian itu nampak mudah dan senang untuk ditangani di mata orang lain tetapi tidak bagi mereka yang sedang diuji. Namun satu hakikat yang perlu kita tahu, iaitu ujian seperti inilah yang dapat memberikan kita kefahaman, kematangan, dan keseriusan kita dalam bertindak, berfikir dan bergantung harap.

Juga satu hal yang perlu kita ingat, bahawasanya setiap ujian yang menimpa kita merupakan salah satu cara Allah menyampaikan rasa kasih dan sayangNya kepada hambaNya. Fikiran ana kembali teringtkan sebuah kisah sahabat Rasulullah yang berasa susah hati kerana merasakan bahawa Allah tidak lagi menyayanginya lantaran dia tidak diuji oleh Allah pada hari itu. Betapa rasa kecintaan para sahabat dahulu sungguh menebal dalam diri jika dibandingkan dengan kita hari ini yang mungkin hanya senipis kulit bawang.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(2:45)

Carilah wasilah terbaik untuk menemui kekuatan bagi menghadapi setiap ujian yang melanda. Biarpun memperoleh kata-kata semangat dari seorang teman yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya, namun ianya bukanlah pertolongan sebenar-benarnya yang dicari kerana pertolongan sebenar yang hakiki datang daripada Allah yang dicari melalui cara sabar dan solat.

Kerana aku juga adalah manusia biasa yang hanya diberi kekuatan yang sementara sebelum ujian yang sama atau ujian yang lebih berat dari itu menimpa diriku. Doaku moga kau, aku dan mereka kesemuanya akan terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam menempuh hari-hari kita yang tidak akan sunyi dari ujian dan cubaan selagi mana kita bergelar hamba Illahi.

~luv u all (termasuk dua lagi adik baru; anje n baby)~