setelah sekian lama

01 Julai 2017

rindu

ya Allah
jadikan aku hambaMu yang mencintai apa yg Engkau cinta
dan jadikan aku hambaMu yang tahu bersyukur
kerana aku sungguh tidak mampu

"Bagaimana mungkin kekeliruan akan datang jika peletak manhaj adalah Dzat Yang

Maha Tahu, sedangkan pelaksananya adalah orang yang terpelihara dari kekeliruan dan
terjaga dari kesalahan, serta dibekali dengan taufik, dan kemenangannya dijamin oleh
Allah?" 
[Adakah kita gol bekerja]

kerana Dia tak pernah kecewa

06 April 2015

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah 'ala kulli hal. (^_^)vv

dah lama tak menulis. bila tengok semula tarikh last entri its like ya Allah, about 3 months already since mood menulis appear again. dan tiba-tiba hati rasa sangat sayu. betapa 3 bulan yang berlalu tu entahkan terisi entahkan tidak. entahkan membuahkan suatu hasil di akhirat sana entahkan tidak. terlalu banyak yang ingin dikongsi tapi kekangan dan hambatan hidup yang penuh naik turunnya menyebabkan kadangkala apa yang ingin dikongsi terlebih dahulu dikongsi bersama Dia. ya Dia. Yang Maha Segalanya.

Dia yang tak pernah kecewa dengan kita. seringkala Dia ada untuk kita. bersama kita. menghadapi detik hidup yang penuh dengan onak dan duri hatta detik hidup yang sarat dengan suka dan gembira. melindungi dan menjaga kita. sedari kecil Dia ada bersama kita. sedari kita masih belum terbentuk dengan sempurna. sedari jari jemari masih belum bertaut. sedari di alam roh lagi, Dia ada bersama kita. namun, semakin kita meningkat dewasa, kita malah melupakan Dia. dan meminggirkan Dia. sehinggakan kita menjadi buta. buta mata hati.

namun, kerana sifat tak pernah kecewanya Dia, Dia malah masih mahu kita kembali. masih mahu memandang kita dengan pandangan rahmat dan belas kasihanNya. masih mahu memanggil kita dengan menggerakkan kita untuk bangun malam di waktu manusia lainnya lena dibuai mimpi indah. malah seringkali juga Dia menitipkan hadiah buat hamba-hambaNya. hadiah yang kadang berbalut cantik, kadang tidak, malah penuh misteri. hadiah berupa sedikit kesedihan, kesenangan, kekurangan harta, kaum kerabat dan banyak lagi hadiah-hadiah yang tidak pernah jemu dikirimkan kepada kita. semuanya untuk apa? untuk kita kembali mengingatiNya. di waktu susah mahupun senang. di waktu duduk mahupun berdiri hatta berbaring sekalipun. kerana kadang kita terlupa bahawa semua makhluk yang lainnya sangat tunduk dan patuh. hanyasaya manusia itu ego dan sombong. sungguh Mulia Engkau Ya Allah. (T_T)



ya. kerana Dia tak pernah kecewa la makanya Dia ingin kita kembali. kembali kepada keadaan fitrah kita sebagai seorang muslim dalam erti kata sebenar. yang meletakkan semua keputusan dan aturan hidup kita di dalam neraca Dia selalu. yang mengemudi bahtera hidup ini berpandukan tapak asas islami. yang mengepalai hidup ini berlandaskan syariat yang tidak mungkin merugikan kita sedikit pun. yang faham bahawa hidup ini masih ada harapan dan pertolongan. dan sungguh pertolongan Dia itu sangat dekat. hanya sahaja hati kita telah buta untuk melihat itu semua.

kerana Dia tak pernah kecewa menunggu kita apakah pantas kita kecewa dengan Dia pula? maka kembali lah wahai jiwa yang tenang. dalam keadaan diredhaiNya malah kita juga meredhaiNya juga.

sudah terlalu banyak dosa yang aku lakukan
tuhan
ampuni aku
berlinang air mata bila ku sebut namaMu
tuhan bergetar hati

ku telah lama lupakanMU
gelap hati
gelap jiwa
gelapnya hidupku

chorus*
ku tak pantas disyurga
namun ku takut pada neraka
ku hanya manusia penuh dosa
tuntun lah dan bimbinglah
di jalan redhaMu

beri aku kesempatan
tuk menjadi yang lebih baik

andaikan saja 
waktu dapat ku putar kembali
aku ingin didekatMu
betapa pedih seksa
yang telah engkau janjikan
tuhan
maafkan lah aku

chorus*
berikan kasihMu 
berikan cintaMu
[dadali: ku tak pantas di syurga]



Kesukaran Itu

17 Mei 2013

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

Allahu.. Allah..

"Tidak ada keberatan apa pun pada Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah Allah pada nabi-nabi yang telah terdahulu. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku" (33:38)

Tahun ke-2 hijrah telah menyaksikan satu peristiwa penting yang sememangnya tertulis untuk kita mengambil ibrah dan pemahaman di atas peristiwa tersebut. Pertukaran qiblat yang telah Allah perintahkan kepada Sang Nabi yang mana telah mengakibatkan timbulnya isu besar di Madinah.

"Orang-orang yang kurang akal di antara manusia akan berkata "Apakah yang memalingkan mereka (muslimin) dari qiblat yang dahulu mereka (berqiblat) kepadanya?" Katakanlah, "Milik Allah lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus". (2:142)

Allah telahpun menulis peristiwa pertukaran qiblat di dalam Al-Quran di mana dalam peristiwa besar ini telah menyajikan ruang dan peluang bagi golongan Yahudi menyebartaburkan fitnah terhadap dakwah yang dilakukan Baginda SAW. Suruhan Allah ini merupakan suruhan secara langsung iaitu ketika Nabi sedang bersolat 'asar berqiblatkan Masjidil-Aqsa di Baitul-Maqdis ke Ka'abah di Tanah Haram Mekah.  Sungguh, kesukaran yang menimpa Nabi sebenarnya adalah suatu sunnatullah. Walaupun disaksikan golongan Yahudi dan Nasrani terhadap perlakuan Baginda SAW pada ketika itu, adakah itu menjadi kesukaran padanya untuk tetap melaksanakan suruhan Allah? Adakah Baginda SAW ingkar? Malah Baginda menurut dan taat serta ternyata perlakuan tersebut tidak sedikit pun memberatkan Baginda SAW.

................

Lalu bagaimana pula dgn "aku"?

Justeru bertahun-tahun berada di bawah naungan tarbiyah tidak memadaikah untuk "aku" mengimani hal-hal sedemikian? Bertahun-tahun kenal tarbiyah tapi masih di takuk sama. Bertahun-tahun kenal usrah tapi zero? Kosong? Empty? Nothing at all!!

Lalu bagaimana pula dengan "kita"? 

"Kita" yang sudah bersama selama bertahun-tahun itu? "Kita" yang menempuh pelbagai suka duka, sakit perit, gembira dan kecewa. Dari alam kegelapan ke alam cahaya. Apakah cukup tempoh itu untuk "kita" mengatakan bahwa "kita"lah penyambung risalah Baginda SAW? 

Lalu bagaimana pula dengan "mereka"? 

"Mereka" yang sudah mula mengenal erti sebenar jalan ini. Yang sudah mampu untuk berbagi. Masa, tenaga, pemikiran, harta dan jiwa. Bagaimana? Di tangan kitakah "mereka" menjadi seperti itu? Di sisi kitakah "mereka" terbentuk menjadi diri "mereka" seperti sekarang?

Lalu...
Lalu...
Lalu...

Justeru, bagaimanakah...?

......................

Empat bulan menyepi dari terus menulis di blog ini. Suatu tempoh uzlah yang ana rasakan perlu buat jiwa. Benarlah kata2 seorg akhwat, "kalau dah rasa penat dan lelah dalam medan ni, silakan turun kepada masyarakat. Di situ kita akan mendapati bahawa kerehatan yang kita dambakan itu benar-benar letaknya di syurga".  

Dan alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran ana panjatkan kepada Allah yang telah pun mengizinkan ana utk menerokai negara-negara orang yang semestinya berbeza dari segi budaya dan bahasa. Yang satunya memilik peratusan muslim yang minoriti dan yang satunya lagi memiliki peratusan muslimnya sebanyak 98%. Namun, satu hal yang dapat ana simpulkan dari pandangan mata kasar ana adalah :

kerja yang sedang kita buat ini masih belum cukup all out

Sungguh apa yang ana coretkan di entry kali ini terasa berat dan sukar. Ana yakin bahawa bukan ana seorg yang merasakannya di sini. Pelbagai hal yang bermain di fikiran. Pelbagai tribulasi yang sedang menggugah iman. Pelbagai mehnah dan ujian yang mana semuanya merenggut pemikiran dan tenaga yang telah kesiangan dicurahkan ke atas perkara-perkara duniawi.

Ana mengerti kerisauan pertukaran qiblat yang sedang di alami ini boleh sahaja menyebabkan langkah kaki tidak selaju dulu. Malah boleh sahaja mengakibatkan rosaknya keterikatan dan yang paling menggerunkan, menukarkan yang manis itu menjadi pahit lalu akhirnya terbuang. 

Terkenangkan betapa mak cik-mak cik syuyukh ini diberi Allah kekuatan untuk terus thabat, menyebabkan ana mulai terfikir mungkin sahaja pada dasarnya pertukaran ini adalah sesuatu yang perlu dan wajar. Allahu'alam. Moga Allah ampunkan ana di atas kekurangan ilmu serta pemahaman ini.

Namun ana terpanggil untuk melihat kembali kepada peristiwa PRU13 baru-baru ini. Tidak cukupkah bagi kita yang sudah memakai cerminan islam ini untuk melihat dan menyelami kekalahan kita itu? Hanya kerana kita tidak lagi bersatu. Hanya kerana keegoan kita untuk bersama. Hanya kerana kita masih belum bersedia. Hanya kerana kita belum cukup lagi untuk berbuat seperti Baginda SAW lakukan. Dan yang lebih utama, menyingkap kembali keimanan kita mengenai sunnatullah yang telah pun Allah tetapkan. 

Manisnya rasa yang disambut di awal pentarbiyahan tidak akan kekal. Seronoknya keterikatan yg terjalin di awal usia kita dalam jalan ini tidak menjanjikan kebahagian dan keterujaan yang sama di sepanjang perjalanan. Itulah sunnatullah nya. Bukankah semuanya bakal melalui sunnatullah yang sama seperti dalam peristiwa di atas? Melalui setiap detik kehidupan harian kita di bawah kehendak Allah semata. Lalu peranan kita bagaimana?

Sungguh fasa kehilangan arwah Abah ini banyak memberi erti untuk ana lebih kuat. Juga fasa kerehatan ana dari alam kampus sedikit sebanyak membuka minda mengenai pengaturan Allah ini. Kerana pada dasarnya, tempoh kerehatan ini menjadikan medan dakwah ana berpusat di rumah. Dan mad'u yang perlu ana fokuskan sekarang adalah keluarga sedarah sedaging ini. Dan itu lebih memerlukan lebih banyak masa, tenaga, pemikiran dan daya juang yang maksima kerana masa untuk ana berjuang di medan ini tggl lagi beberapa bulan sahaja sebelum ana melanjutkan pelajaran (biiznillah). 

Sungguh semuanya mempunyai ujian dan cabaran mereka tersendiri. Dan ana quote itu buat semua ikhwah dan akhwat yang bersama-sama dalam jalan ini. Pun begitu medan dakwah kita, tetaplah bersabar dan tetaplah bertahan. Kerana biarpun kita tidak diuji seperti mana saudara seislam kita di Syria, Palestin, Rohingya serta lain-lainnya diuji, namun berbanggalah kerana kita juga merasai perjuangan persis seperti mereka.

Allahu'alam.

Special dedicated to all my usrahmates: Once u became my usrahmates, forever we are usrahmates. Kerana kalian semua adalah cerminan buat diri ini. Bukankah kita telah berjanji untuk usrah di syurga? 
#bersamamencarikekuatandalamsujuddandoa



Atlantic Ocean, Maghribi (18 Apr 13-04 Mei 13)



itsreallymefromtheinside

29 Januari 2013

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

kalam pembuka bicara buat catatan luahan diari dan rasa hati yang sudah sekian lama ditinggalkan. sungguh pd setiap penciptaan langit dan bumi terdapat tanda2 kebesaran dan kekuasaan Allah bg mereka yang berfikir.
fuh! fuh! (gaya meniup habuk dan debu yang dah bersawang berabad lamanya)

thummalhamdulillah, wahamdan syukurillah. pada Allah Tuhan yang telah melancarkan perjalanan jejari ini untuk menulis dan mungkin juga berkongsi selembar kisah hidup yang mungkin sedikit sebanyak mempunyai persamaan seperti mereka2 yang sedang mengikuti dan sedang membaca blog ni. terpanggil untuk melakarkan sesuatu dalam keheningan malam yang padanya ad ketenangan yang tak tergambar pd kaca mata hati.

"wahai jiwa yang tenang. kembalilah kepada tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya."
(89:27 & 28)

alhamdulillah pengajian degree bru je berakhir (amin) dengan berakhirnya sebuah perjalanan menuju negeri asing lg terpencil yang kukira tidak terdapat jiwa dan ruh islam di dalamnya. 


probably?

disana aku menyaksikan manusia sibuk mengejar dunia dan mungkin xterkecuali aku yang kadang2 terbawa dengan arus bersamanya. di negara asing itulah aku mengerti betapa pergantungan aku pd Allah perlu diperketat dan diperkukuh. dan mungkin itu satu2ny cara untuk aku melupakan setiap apa yang berlaku di sini. its hurt, believe me. but i really know that Allah will never give me such kind of feeling without any reason. indeed, bukan ke aku yang please Allah untuk memberikan tarbiyah dalam apa jua bentuk yang Dia suka? agar aku terus dekat padaNya? (ok sila ketuk minda dan memori anda).

such kind of life, I've never been thought before. either dalam sedar ataupun tidak. tp aku bersyukur yg aku diberikan peluang utk menjelajah bumi yg mungkin msh blm famous lg dgn tag line "tarbiyah" sekali gus menyebabkan aku terfikir utk kembali ke sana dan memulakan langkah seperti mana langkahku bermula di UM dulu. oh betapa banyaknya cabang persoalan yg menerjah kotak dan ruang fikiran. terutamanya tentang tggjwb ku di sini. dan mungkin bila difikirkan balik, mampu ke aku utk menyuburkan islam di sana? dengan  dosa setinggi gunung, mampukah aku ya Allah?? atau mungkin ini semua hny alasan utk aku atas setiap apa yg terjd di sini? sungguhpn diri ini sudah jatuh dan terduduk, bukankah iman yg menjd kayu pengukur pada setiap tindakan yang diambil tika itu? meninggalkan keluarga terumatanya umi yang tercinta, setelah perginya abah yang sgt kukasihi. (allahumma firghlahu warhamhu w'afini wa'fu'anhu). meninggalkan anak2ku yang masih kecil? meninggalkan bulatan gembiraku? meninggalkan kesemua kecintaanku? Allah xtrbayang betapa kuat dan tingginya iman para sahabat sehingga sanggup meninggalkan kesemua kesenangan dan kecintaan mereka hanya untuk agama Allah ini.  segala2nya padany yg blh membawa agama Allah ini dipuncak yg paling tinggi sesuai dengan fitrahnya. 

atau mungkin pilihan lain yg aku ad adalah bekerja dan melupakan hasrat arwah abah untuk melihat aku melanjutkan pelajaran dalam apa jua bidang yg aku sukai. sekaligus dapat meringankan beban yg dipikul oleh abg dan umiku yg mengambil kira setiap butir nasi yang masuk ke dalam perut. 

Allah.. Allah.. Allah.. pandu aku ya Allah. dalam ruang dan baki masa yang ada. 


anak tangga

dan sesuatu yang aku jangkakan sekembalinya aku ke bumi malaysia ini, adalah tentang masa depanku. mungkin sudah tiba masanya untuk aku memikirkan dengan lebih serius dan mendalam lg. sekiranya aku ingin terus melangkah dengan tag line yang aku pakai selama ini maka tiada lg main2, tiada lg elak2, tiada lg semua percaturan yang bercampur dan tidak jelas itu. keputusan harus di buat. dan semestinya dan sewajibnya IM itu sudah terbentuk dan membulat dalam diri. tiada lg rompong, tiada lg polong. tiada lg cariknya. Allahumma yusahhil. Allahumma yusahhil. Allahumma yusahhil. (amin).

tp layakkah aku utk mendalami itu semua jika dibandingkan dgn kerja dakwah yg sudah pn aku lakukan? pantaskah aku membicarakan soal itu tika diri ini masih belum cukup kuat even pd melakukan sekecil2 perkara kebaikan? sudah diberikankah lampu hijau dari Allah kepadaku? sudah redhakah Allah ke atasku? sudah lengkapkah itu semua? sedangkan trdpt pada ujian2 dan cabaran2 sebelumnya yang masih belum mampu untuk aku tangani seorang diri. sungguh perjalanan hidup ini, melelahkan. dan padanya tiada lampu merah utk berehat dan bersenang-senang. 

"maka nikmat TuhanMu yg manakah yg kmu dustakan?" (55:13)

 NCU, Taiwan

ampunkan aku Tuhan. jika sekiranya dosa2ku menghijab petunjukMu utk meresap dalam hati dan jiwaku. dan aku tetap yakin y aku adaMu Tuhan



luahan rasa

19 Oktober 2012

di kala malam menjelma
hatiku berbisik mengata
sudahkah aku berusaha sedayanya
untuk terus berada pada jalan sebenarnya
untuk mengatakan bahawa aku telah bekerja
itu adalah sesuatu yang jauh untuk diduga

semakin aku atur langkah

semakin aku rasa payah
semakin aku mencuba
dan semakin itu pula aku kecewa
sungguh aku lemah terhadap segalanya

namun ku tahu

jalan ini harus diteruskan
meskipun dahagakan pengorbanan 
biarpun terbatas segala keperluan
walaupun dibayar dengan kesusahan
hatta menuntut nilaian kesabaran
tetap dan yakinlah nikmat kesenangan
di penghujung pengakhiran

selagi mana mata tidak tertutup buat selamanya

selagi itulah kita harus tetap berusaha
kalaupun bukan untuk diri kita
untuk mereka yang berada di sekitarnya
juga untuk dia yang telah tiada

tuhan

aku sedar aku bukan siapa-siapa
aku percaya bahawa aku adalah hamba
yang lemah lagi tidak berdaya
tidak memiliki kudrat dan tenaga
terhadap apa-apa yang Engkau punya

segala milikMu langit dan kerajaan semesta

semuanya tunduk bertasbih, puja-memuja
kuserahkan semua padaMu yang Esa
untuk menguatkan aku seadanya
dan memaut cinta hanya pada yang Kuasa
yang memiliki arasy yang nyata
dari segala anasir yang tumbuh melata

Syawal 1433H

29 Ogos 2012

bismillahirrahmanirrahim
allhumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim


---speechless--


Rindukan suasana raya tahun lepas. Masih teringt lg beberapa hari before raya, ana la org yg paling bz mencari teks khutbah 'aidilfitri buat abah. Search JAWI, search JAKIM, search la mana2 lg source yg boleh bg teks raya. Kata abah, senang dpt n dari sumber yg boleh dipercayai. Dah dapat teksnye cepat2 printkan utk abah.

Tapi raya kali ni dah xsama mcm yg lepas. Dulu kami 6 beranak cantik berpakain tema krim. Lelah jugaklah cari baju melayu abah kat Plaza Idaman tu. Coz taste abah memg dia je yg tau. Huhu. Siapa sgka itulah tema baju raya terakhir kmi bersama abah. Krim. Ye cntik tema tu. Bila da snap gambar sama-sama, terbyang yg baju melayu abah ibaratnya seperti sehelai kain putih yg bersih warnanya. Mendamaikan.

Syawal 1432H

Raya tahun ni, raya pertama kami tanpa abah. Sebak dgr takbir raya malam raya tu. Kalau ikutkan hati, memg laju je la air mata ni turun. Tapi sebab ada umi, tahan je. Tak nak bg umi tgk kelemahan anak dia. Umi plak, memg awal2 dgr takbir after maghrib tu da merembes air mata dia. Huhu org tak pernah berjauhan. Skali kena, memg sakit.

Semua benda pn ad expired datenya. Kita ni pinjaman dr Allah. Dan kalau tak kerana rahmat dan kasih sayangNya, kita tak kan mampu berbuat apa-apa. Dan bg ana, raya tahun ni ana isikan dengan memperbanyakkan amalan ziarah yg sememgnya sgt dituntut dalam agama. Mungkin org beranggapan bhw semenjak kehilangan abah ni ana nampak lebih bebas, beraya even sampai ke kuala selangor yg jauhnye boleh sampai ke negeri lain tp bg ana inilah peluang utk ana teruskan amalan yg pernah abah lakukan. Menziarahi sahabat handai. Kalau dlu, amalan ziarah raya ni xsesemangat raya kali ni, jadi raya kali ni biarlah berniat memanjangkan pahala utk abah. Cuma tidak kesampaian untuk menziarahi ibu Zaifatul (guru Dinamika di KMPh dulu) di Perak. Maaf ibu ye.

And malam td baru lepas ziarah sedara belah abah kat Selayang Baru. Seronok dgr crita dorang pasal arwah. Sejuk je hati. Rasa terubat rindu pada dia. Sambil2 tu terhibur jiwa dengan gelagat anak-anak buah yg semakin membesar dgn lasaknya ni. Ehe yang bestnya, lagak Asyraf mcm membayangkan Atuk Mat tu mcm Atuk Man dia. Sweet sgt. Sampai balik pn masih mesra. Rindu Atuk Man dia agaknya. Apa-pe pn abah, kami semua mendoakan kesejahteraan abah di sana. Abah sentiasa bermain dalam hati dan sanubari kami semua. Cuma antara terluah dengan tidak je. Moga abah tenang kat sana. Amin



Oh ye, inilah pengarang jantung pengubat hati kami. ~

Muhammad Asyraf bin Muhd 'Afif ..::15 Julai 2010::..
Ain Najihah binti Muhd 'Afif ..::23 Oktober 2011::.. [Berusia 2 minggu sewaktu abah pergi]

Keduanya diberi Allah kesempatan untuk mendapat nama hasil pencarian abah sewaktu hayatnya. Huhu masih terbayang membawa kamu bahasa arab tuk abah ke Pusat Rawatan Al-Islam Kampung Baru sebelum direfer ke PPUM seminggu selepas Ain Najihah lahir. A sweet moment to remember! Dan ana, jangka hayat hidup bersamanya selama 21 tahun 7 bulan sudah cukup untuk dikenang. Tak minta lebih [even memasang angan-angan untuk abah hadir di majlis konvo & menjadi qadi di majlis perkahwinan]. Cukup sekadar apa yg telah Allah tetapkan. Redha & ikhlas dgn qada serta qadarNya. Moga Allah menthabatkan rasa itu.

~Alhamdulillah Tuhan, saat Kau mengambil seseorang dr kami, Kau malah tidak melupakan untuk mengekalkan yang lg seorang sebagai penguat kami.~

hanya dengan izin Allah aku merasainya

02 Julai 2012

bismillahirrahmanirrahim
allhumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

alhamdulillah.. thummaalhamdulillah.. terima kasih Allah kerana memberikan aku ruang dan peluang seperti ini sekali lagi.. ceria sikit hari ni, dapat bawak asyraf n anan keluar..even g giant, tp moment yg di laburkan bersama mereka terasa menjadi ubat yg mujarab bagi menghilangkan kerinduan kepada abah..

thummalhamdulillah juga kepadaMu Tuhan kerana telah melancarkan majlis tahlil arwah yg berlangsung sabtu lepas..terima kasih kepada yang datang terutamanya sedara mara n jiran-jiran kerana kesudian mereka memenuhi jemputan kami sekeluarga. Tau je yang minggu tu minggu yang padat dengan segala macam jemputan, huhu tapi dah xde tarikh lain dah.

Mcm mana pn perancangan kite, perancangan Allahla yg tebaik. Huhu diberikan sakit sebagai kifarah dosa. Kalau dulu sakit, abahla org yg akan pujuk g klinik. Tp skang keadaan da berubah, kne force diri sendiri tok g klinik even xsuke. Nak wat cane? Sampai berat pn blh turun 2kg xkan masih nak ego xnak ke klinik kan? Huhu mcm budak2. Tp ni la 'afifah. Budak2 riang di rumah, yg selalu nak di manja abah. Tp sekelip mata keadaan berubah n I miss that precious moment with him. Tp skang at least budak tu da tau, mana arah tuju layar hidupnya nak di bawa. InsyaAllah. n asif sgt kepada ahlul-'adiyaat sume coz xdapat g sitting kte malam sabtu tu coz demam masih xbaik sepenuhnya. Kang org bawak kete sampai destinasi ateh bawak kete xsampai2 destinasi. Hihihi.

And beberapa minggu lepas, umi Mum selamat mendirikan BMny. Agaknya sempat lg xumi tok ateh ucap barakallahumma? Huhu. Semoga BM yg di bina mendapat redhaNya selalu. Amin. Namun sempat gakla kutip satu ibrah dalam perjalanan ke rumah umi Mum tu. Ibrahnya ialah sejauh mana pn kita rasa ujian yg kita dapat ni berat, ketahuilah ad org yg lebih berat ujianny dari kita. Kalau la ana diduga Allah untuk merasai kehilangan seorang ayah dalam usia tepat 21 tahun 7 bulan, ad org lain yang lebih muda yg pernah merasai kehilangan itu. Malah ad org lain yang bukan setakat hilang ayah malah hilang mak, dan xmustahil juga untuk dia hilang keseluruhan keluargany skali. Kerana hakikatnya kita ini hanyalah pinjaman Allah semata. Tidak kekal malah ad plak tarikh luputnya. Kalau tak kerana rahmat Allah, maka kita xkan pernah punya apa2. Huhu terasa berat, tp mcm mana pn kne gak lalui. Hurm, mcm mana blh dapat pengajaran sebegitu? Jawapannya hanya dengan izin Allah aku merasai segalanya. Dan semoga dengan rasa ini dapat meneguhkan lg rasa kecintaanku kepadaNya. Allahumma ya muqollibal qulub, tsabbit qolbi 'ala dinik, wala to'atik. Amin.