jeli kelapa

01 Januari 2011

bismillahirrahmanirrahim

allahumma solli `ala muhammad

wa`ala ali muhammad


jeli kelapa??wah2 first entri dalam tahun baru masihi ni adalah pasal makanan?? huhu abaikan.. sebenarnya nak bgtau yg jeli kelapa tuh ana wat tuk shbt2 UM ana.. wah nk blik UM dah.. result still dalam tanda tanya.. xpe2.. bak kata sorang kawan tuh,"doa last senjata yang kte ad.."

cakap pasal jeli kelapa.. adakah ianya boleh dijdkan salah stu telur putih kte dalam mengembangkan lg methode DnT kte?? semestinya boleh.. logam tuh.. huhu.. sedap ke tidak (sila ke belakang criter ye) sekian.. huhu.. nak gali ag la logam yang masih tersembunyi atau yang masih boleh dibentuk..



ehm cuti 3 mggu baru2 ni sgt meletihkan.. meletihkan jiwa & perasaan.. betullah kata umi mum.. dakwah fardhiyah sgt2 perlu di pupuk time2 cmni.. berjauhan dr shbt2 seperjuangan dalam suatu tempoh masa yang panjang kdg2 boleh menyebabkan langkah kte sedikit tersasar.. mujurlah ad bekalan Al-Quran & As-Sunnah dari Baginda SAW.. yg insyaAllah jd pegangan kte semua sehingga ke akhir hayat.. amin..

naik sem 4 ni, mcm2 dh plan nak wat ngan achik.. huhu.. harap kuat untuk istiqamah dalam pelaksanaanya kelak.. utk along yg bg idea tuh, huhu tggu ye sem baru ni.. n adik-beradik yang lain dalam DnT ni, kte wat yg terbaik demi islam.. "islam xperlukan kte, tp kte yg perluknnya"

moga bermanfaat..

p/s: rindu sama asyraf nanti :(..huhu abaikan

moga dikau tenang di sana

30 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

malam td ana termimpikan seseorang yang telah pergi dr hidup ana kira-kira setahun lebih yang lalu.. redup wajahnya menggamit perasaan rindu dan sayang ana padanya.. sungguh sudah sunnatullah.. setiap yang hidup pasti merasai mati.. oh Tuhan, tempatkan dia dan orang-orang sebelum dan selepasnya dalam kalangan orang-orang yang soleh.. amin


al fatihah buat Nenda Hjh Ramlah Bt Sidin

ikhlaskah aku?

29 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

dalam meniti hidupku sehari-hari, pernah diri ini tertanya sendirian.. adakah setiap apa yang dilakukan ikhlas keranaNya? atau semata-mata kerana ingin ditujukan buat seseorang.. atau hanya sekadar memenuhi permintaan seseorang.. atau hanya sekadar ingin meraih perhatian..

hinanya terasa.. hidup dalam kepura-puraan.. jahiliyah yang membelenggu diri terasa amat payah untuk dilupuskan.. perlukan semangat yang tak bertepi bagi menemani perjuangan yang kian surut.. berikan ku kekuatan Ya Tuhan.. jangan Kau pisahkan kami dari Rahmat dan PengampunanMu..

langkah penuh duri harus diteruskan.. kerana hakikat ia hanya sakit yang sementara cuma.. berilah sepenuh perhatian buat insan yang memerlukan.. kerana di situ mungkin terletak kekuatan yang didambakan.. kerana mungkin jua di situ terletak nilai yang Dia pandang..


namun tidak ku nafikan tentang goyahnya iman yang datang dengan tiba-tiba.. yang tak terduga kemunculannya.. yang tak terbendung rasanya.. pahit dan sakit.. bagai sembilu yang menikam qalbu.. Allah.. aku memohon maghfirahMu.. ikhlaskan aku..

akhirnya....

09 Disember 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

syukur alhamdulillah Ya Allah kerana telah mempermudahkan urusanku...neway ana baru je nak habis paper final exm sem ni (10/11)...lega...dan tersgtlah bersyukur kerana ana rasa exm kali ni exam yg ana xmain2...huhu mungkin coz dtg kesedaran utk perbaiki pointer sem lepas yang teramat mengecewakan (melebihi rasa kecewa masa dapat result spm 3 tahun yang dulu)huhu...abaikn...

tp masa depan tuh rahsiaNya kan...ana redha kalau kejayaan masih bukan hak ana...siapa ana utk mempersoalkan takdir yg dah termaktub sejak azali lagi...apatah lagi memiliki sikap tidak redha ke atasnya...

insyaAllah esok nak balik umah...(windu!!)...walaupun xjauh mana tp ntah la...terasa berkobar2 lak nak tunaikan hak2 umi abah...(insyaAllah)...actually umah ad wat renovation sikit...so agak berkecah la umah tuh...hanya menantikan kepulangan puteri tercinta pulang je utk kasi sapu bersih semua skali...ki3...

tp dalam perasaan berkobar2 ni, terselit satu perasaan lain...perasaan yang susah untuk digambarkan...sedih dan kecewa...dengan diri sendiri kerana sampai sekarang masih tidak tahu cara terbaik untuk menegur kesilapan teman2...bukan la nak kata diri ni perfect tp terasa bahu kesedaran memikul tggungjawab sbg khalifah dan `abid tuh lagi berat jika nak dibandingkan dengan keberatan apa pun yg ad kat dunia ni coz ianya melibatkan perlakuan dunia & mencorakkan akhirat kita mcm mana kelak...lebih parah lagi bila terbaca satu artikel dari
blog ni mengenai kisah seorang wanita & facebook...takut menjadi salah seorang yang dipersalahkan di atas pertanggungjawaban yang xtertunai tuh...

emm tp satu yang pasti, ana akan carik gak wasilah yang terbaik...tp kadang tuh bile dh ad semangat, semangat tuh hilang bile dapat tau yang perbuatan salah mereka tuh mendapat sokongan dan di sambut baik oleh darah daging (family) mereka sendiri...mana perginya sensitiviti orang islam kini apabila perlakuan salah dipandang sebaliknya??...na`uzubillah...harap kita xtergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas (termasuk golongan mcm ana-lemah)...huhu...jadi fifa!strike for the truth...insyaAllah, Dia nilai...amin...

wallahu`alam...

harus kuat!

29 November 2010

bismillahirrahminirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa`ala ali muhammad

pertama sekali nak mohon maaf pada blog juga sahabt2 blogger sume kerana lama xberupdate...bukan niat nak abaikan cume need some space n time tuk share...huhu abaikan...ok,tajuk entry yg ingin dikongsi kali ni ialah harus kuat...huhu...kenapa ek?? ntah la...rase terpanggil dalam hati untuk membisikkan kata2 ni hari ni...huhu...so jom duk beriman sejenak...
emmm... dalam hidup ni terlalu banyak dugaan dan cabaran yg dtg secara tibe2 kan...sakit yg xdiduga, kehilangan yg xdijangka, kegembiraan yg bertimpa2, dn mcm2 lagi...sume tuh ujian...ujian yg mana kalau dinilai dari sudut pandangan kte orang islam adalah sebagai suatu ni`mat...betapa Allah itu Maha Hebat dan betapa Maha Halus tarbiyah buat hambaNya yg sering lalai dan alpa...

"dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"
(53:43)
sebut pasal tertawa dan menangis, mana antara dua ni yg lebih kte ingt pada Allah??huhu...bg ana dua2 ingt, cume mungkin waktu menangis kot yang lebih ingat..atau lebih tepat masa hati tgh bersedih...
"dan apabila Kami berikan ni`mat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa"
(41:51)
tp untuk apa rasa itu diberi?? supaya kte kembali kpd sunnahtullah (aturan2 Allah), yg mana salah satunya ialah setiap pertemuan pasti ada perpisahan...dan setiap kegembiraan pasti terselit kedukaan...mahupun di mana ada kejayaan di situ juga ada kegagalan...

jadi usah ditanya mengapa begitu percaturannya...kerana kte tidak berhak untuk mengeluh apatah lagi putus asa dengan ni`matNya...xbermakna apabila kita kehilangan sesuatu, maka ia adalah suatu pengakhiran buat kita...sebaliknya ia adalah suatu permulaan untuk kita supaya lebih berusaha dan lebih bersemangat...mungkin hari ni Dia amik pe yang kita ad, dan mungkin hari esoknya Dia ganti dengan yang lebih berharga...ingatlah Dia Yang Maha Kekal dan Maha Hidup...yg sentiasa menjadi pendamping kita (jika kita menjadikanNya sebagai pendamping yang sejati)...kita harus kuat...!dan harus belajar untuk menerima hakikat sebenar kehidupan yang tidak selalunya indah...kerana kehidupan indah yang sebenarnya hanyalah di syurga sana...jadi ana ingin mengajak semua yang membaca kembali muhasabah diri...dan kembali mendekatkan diri kepadaNya kerana di situ sumber ketenangan dan kebahagiaan...

wallahu`alam...

.:syukur:.

29 Oktober 2010


bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad


alhamdulillah bersyukur sgt pada Allah yg dh beri kekuatan pada ana menghadapi liku2 di sepanjang seminggu dua ni. mggu ni je dh habis sume test,viva n assignment serta presentation. lega sgt. dh le fokus pada study n exam yang bakal tbe lg 3 mggu. sgt mengharapkan yg semester kali ni boleh beri anjakan kepada pointer yang sedia terkumpul memandangkan paper yang bakal di ambil kali ni hanya 4 paper. huhu still kne wat yang terbaik. xle leka n tangguh coz subjek2 yang berempat tuh agak 'killer'. huhu abaikan. yang penting usaha+doa+tawakkal=kejayaan. so kawan2 sume, high kan speed and velocity anda untuk terus maju



p/s: harap amalan sehari2 juga begitu ye. insyaAllah amin..

kataku pada hati

24 Oktober 2010

oh hati
mengapa kau kini kian tersentuh
dengan kebaikan2
dan perbuatan2
saudaramu sendiri
oh hati
bersabarlah
kerana ku tahu
betapa beratnya hukuman yang dikenakan ke atasmu
walaupun kau dihukum tanpa mengetahui apakah kesalahanmu
oh hati
kenanglah
ganjarannya besar disisi Tuhanmu dan juga Tuhanku
mungkin ini petunjuk dari Tuhan
yang mengajarkan kepadamu erti hidup
kerana xsemua yang baik itu akan dipandang baik
dan kerana
xsemua yang jahat itu di pandang jahat
oh hati
bisikkan bahawa ini semua akan berlalu
seperti berlalunya
segala memori indah
dan kenangan silam dahulu
oh hati
ingatlah bahawa Tuhan bersamamu
bersama orang2 yang mendekatkan diri kepadaNya
bersama orang2 yang benar
bersama orang2 yang menuju kepadaNya
oh hati
lembutlah dikau
tenanglah dikau
kembalilah dikau
kepada Dia yang menciptakan
semoga kejayaan menjadi hak milikmu
amin