kataku pada hati

24 Oktober 2010

oh hati
mengapa kau kini kian tersentuh
dengan kebaikan2
dan perbuatan2
saudaramu sendiri
oh hati
bersabarlah
kerana ku tahu
betapa beratnya hukuman yang dikenakan ke atasmu
walaupun kau dihukum tanpa mengetahui apakah kesalahanmu
oh hati
kenanglah
ganjarannya besar disisi Tuhanmu dan juga Tuhanku
mungkin ini petunjuk dari Tuhan
yang mengajarkan kepadamu erti hidup
kerana xsemua yang baik itu akan dipandang baik
dan kerana
xsemua yang jahat itu di pandang jahat
oh hati
bisikkan bahawa ini semua akan berlalu
seperti berlalunya
segala memori indah
dan kenangan silam dahulu
oh hati
ingatlah bahawa Tuhan bersamamu
bersama orang2 yang mendekatkan diri kepadaNya
bersama orang2 yang benar
bersama orang2 yang menuju kepadaNya
oh hati
lembutlah dikau
tenanglah dikau
kembalilah dikau
kepada Dia yang menciptakan
semoga kejayaan menjadi hak milikmu
amin

LapARnYa JiWa NiE

04 Oktober 2010

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala puji2an hanya kepadaMu
Tuhan yg Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu
ampuni aku
dan peliharalah mereka2 yg aku sayangi
dalam pemeliharaan Rahmat dan RahimMu

pagi yg damai. suasana yg ceria. melihat indahnya kehidupan ini mengingatkan ana pada indahnya lagi kehidupan di sana kelak. sesungguhnya syurga adalah tempat yg mana telah dihamparkan segala kenikmatan di dalamnya. Allahuakbar! terasa betapa diri ni xlayak untuk memilikinya. terasa betapa diri ini goyah imannya. terasa betapa diri ini semakin sukar mendapatkannya.

sudah banyak peringtan yg ada dalam kitab pegangan hidup kita ini, Quranul Kareem. tp sejauh mana kte menggunakannya? aduh terasa bahawa kitab ini di baca bile ada keperluan sahaja. sungguh manusia berada dalam kerugian (103:2). dan sungguh terasa bahawa kitab ini di bace bile ditimpa musibah sahaja. sedangkan ianya lebih dari itu. melebihi segala keperluan kita di dunia ini.

rindu suasana membudayakan membaca Al-Quran tiap2 malam. malah selepas solat fardhu di zaman sekolah menengah dulu. tp ternyata ianya dilakukan kerana peraturannya begitu. bukan lahir dr hati untuk melakukannya. Allahuakbar! betapa jahiliah telah membungkus kemas naluri hati ini dan kali ini ianya terjadi sekali lagi. betapa kosongnya jiwa. sedangkan ia merupakan makanan rohani yg termudah untuk dilakukan. bukan lama mana pn. even kalau mamnu` skalipn still boleh bce maknanya. sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan (Hadith 1: Hadith 40)

kalau nak kata bz ngn kelas, assignment, discussion, xkan la 5minit pn xde mase nak buke Al Quran n bce? aduh banyak tol alasan. no 3x!! bangun ifa, bangkit dri tido yg lena. tingkatkan ketaqwaan dan carilah wasilah (jalan) mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung (5:35).

so kawan2, dalam usaha kite mencari ilmu Allah dalam bidang2 tertentu ni (let say ana ni, fizik la) pe kata kite tambah ngn cari ilmu Allah dalam bidang2 yg kte xkan dapat kat dewan kuliah saban hari cth: ilmu tentang nikmat syurga mahupun ilmu tentang sejarawan teragung kte, Nabi SAW serta ilmu tentang peringatan2 lainnya yg banyak diceritakan dalam kitab Al Quran itu sendiri. sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang2 yang tidak mengerti (8:22). peringatan buat diri sendiri.

wallau`alam

RisAu

01 Oktober 2010

Bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli `ala muhammad
wa `ala ali muhammad

segala pujian2 hanya kepadaMu
Tuhan yg Mentadibir sekalian alam
kepadaMu tempat aku memohon
dan padaMu tempat aku dikembalikan

alhamdulillah masih diberi kelapangan masa dan waktu untuk update blog. sian blog ni. disia2kan tuannya. huhu. abaikan. minggu yg penuh debaran dan teka teki. xtaula nape seminggu dua ni jd cepat je naik angin. dan org yg bese kne, xlen xbukan cik timah la. rumet kesayangan. huk3. ujian demi ujian, musibah demi musibah, cabaran demi cabaran. yg kadang2 tuh meragut keimanan dalam hati ni. dan golongan yg paling bersorak gembira, of coz syaitan laknatullah. bertempik kegirangan melihat anak adam tuh tewas dgn diri sendiri. astaghfirullah3x.

balik cuti raye ni sebenarnya rushing nak siapkan keje ko-k. amik khidmat masyarakat. 20 jm kredit. balance masih ada 5 jam ag. insyaAllah habis next week. cakap pasal khidmat, mcm2 boleh buat. cume grup kami decide tuk g PPUM (Pusat Perubatan UM) je. dekat n senang nak wt coz dah ad badan NGO yg uruskan hal2 charity di PPUM. alhamdulillah.

semalam je kteorg g Pusat Serenti (PUSPEN) kat Sepang. tkot gak mase g tuh. tp xde pe yg Allah nilai di sisiNya melainkan amal dan taqwa. huhu. peringatan tuk diri sendiri. towards the end of our trip, something happen. cuak gak coz ad orang suspek kteorg curi hp dia. dua kali gak la wat spot check. menggeletar lutut ni xyah cakap la. Allah Taala je yg Tahu. tp alhamdulillah kebenaran memihak pada kami. hmmm sian gak kat mak cik tuh. harap org yg wat tuh sgera bertaubat. peringatan tuk diri sendiri gak.

hari ni plak g lawat sorang patient tuh, hari lahir dia hari ni. semoga cepat sembuh ye kak Raja. muda lg. baru 22 tahun. tp sgt tabah. diuji ngan ujian seberat tuh. even kalau kne pada diri sendiri, ase xmampu nak hadapi.

then tgk plak mak cik sorang ag tuh. kanser tulang. subhanallah, berat sungguh cabaran. hanya org2 terpilih yg Allah uji dgn sebegini rupa. semoga syurga menanti buat org2 yg sabar.

bila dah mcm ni, jd bersyukur sgt coz sume nikmat pnjaman Allah ni masih utuh dan baik untuk digunakan dalam rutin seharian. betapa setiap stu dari anggota kte ni akan disoal tentang apa2 yg dh dikerjakan sepanjang hidup di dunia. waktu pembicaraan di mahkamah Allah kelak, xde sape yg akan ter"bias". sume di adili dengan sama rata sama rasa. even benda sebesar zarah skalipun is taking into count. mula la segala yg tersirat akan tersingkap. yang terlindung jadi terbongkar. dan beruntungla bg org2 yg menjga aib org len krn Allah akan menjaga aibnya di sana nanti. subhanallah betapa pemurahnya Allah.

dan manusia tuh akan diuji pada titik kelemahan masing2. dan kelemahan ana ialah cepat panik lalu bertindak tnpa berfikir panjang. tp sbnrnya banyak je lg kelemahan. nak highlight nya cni, sifat ni sbnrnya xbgus. sgt xbgus bg seorg pemegang tegaknya kalamul haq. n ana ngah berusaha utk lbh cool dn berfikir tntng stu2 tindakan tuh.

so kawan, asif jika ad kesalahan n kesilpan ye. yg bek dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan.

wallahu`alam.


..:hatiku remuk:..

01 September 2010

aku berlidung dari Allah
Tuhan sekalian alam
dengan menyebut namaMu
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
subhanalah, walhamdulillah, walailahaillallah, allahuakbar
astaghfirullah al-`azim...3x


walau dah banyak hari peristiwa tuh berlaku

tapi hati ni tetap masih terguris

tetap masih tersisa calarnya

tetap masih terasa peritnya

suatu kebenaran yang dicari

akhirnya telah disalaherti

xsemua yang dirancang bakal terjadi

kerana takdir Allah mengatasi

sudah puas kumemujuk hati ini supaya biarkan ia pergi

namun luka yang terkesan di hati terlalu berat untuk disingkir

terlalu payah untuk diusir

tabahkan hatiku Tuhan

andai ini jalan yang Kau redhai

aku pasrah

kerana ku percaya

Engkau sentiasa menginginkan kebaikan buat hambaMU

dan moga ini yang terbaik untukku

amin

..:Hidup:..

29 Ogos 2010

tak semua yang dirancang menjadi
tak semua yang difikirkan benar
dan
tak semua yang hidup tu sempurna
kerana itu semua hanya akan terjadi dengan izinNya
tabahkan hati
cekalkan jiwa
pasti dirimu beroleh kejayaan

Sungguh, Hanya Kau yang kami cintai

18 Ogos 2010

Bismillahirrahmanirrahim;
Allahumma Solli`ala Muhammad;
Wa `ala ali Muhammad.

Segala puji bagi Allah;
Tuhan yang mentadbir sekalian alam;
Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu

Salam Ya Ramadhan Kareem;
Moga kehadiranmu membawa seribu erti dalam hidupku.

Minggu ni merupakan minggu yang agak menggugat emosi ana yang waktu ni lemah sangat. Tapi ana tahu sehebat mana pn ana diuji, namun kasih sayang Allah itu tetap ad bg hambaNya yang sentiasa inginkan perhatian dan kasih sayang itu. SesungguhNya Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sungguh, rindu sgt kat umi abah, asyraf, abg n kak sheda. Rindu nak buke nak sahur sma2. Boleh dikatakan sepanjang tempoh puasa ni, xpernah ag balik umah tuk buke n sahur sekali ngan family. Huhu sedih. Tapi komitmen pada sitting n tanggungjawab kat surau membatasi semua tuh. Harap tuk terus teguh sampai ke hujungnya. Amin.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dari test elektronik, presentation lab elektronik, sampai la ke exam pengenalan kepada sistem bumi next week nya. Rase sekejap je dah nak masuk pertengahan semester (xtermasuk cuti).

Tapi bila semak balik diri, semua ujian2 akademik tuh kte semangat wat preparation. Mcm mana pulak ngan ujian
menghadapi sakitnya sakarat yang mana Nabi Muhammad (SAW) sendiri merasainya seperti kain yang diperah peritnya. Macam mana plak ujian dalam kubur nanti? Mampu ke nak berhadapan ngan Malaikat Mungkar dan Nakir dalam menjawab semua persoalan yang 100% bergantung pada amalan kte semasa hidup?

Subhanallah. Tetapkanlah hati2 kami dalam agamaMu Ya Allah. Sungguh, hanya Kau yang kami cintai.

Jadi, bersempena bulan penuh keberkatan ni, sama2 lah kte topup iman dan amal kte memandangkan semua syaitan telah dibelenggu, dan Allah telah menurunkan RahmatNya dengan dibukakan pintu syurga seluas2nya dan ditutupkan pintu neraka.

Didikla nafsu kte supaya lebih ke arah kebaikan agar bulan2 seterusnya menerima manfaat di atas kehadiran bulan ramadhan ini. Set target masing2 supaya kte ad aim yg lebih penting dalam menjalani bulan ini selain hanya berpuasa. Kerana bulan ramadhan bukanlah bulan di mana kite menjalankan ibadah puasa semata malah banyak lagi yang boleh dijalankan dalam bulan ini. Seperti qiam, tadarus, sedekah, bersederhana dalam semua hal dan lain2.

Jadi, lakukanlah semuanya kerana Allah kerana itu dapat memastikan keberkesan dan kelangsungan amalan tersebut di bulan2 akan datang. Amin

Wallahu`alam


MoGa Ini Yg TeRBaiK

23 Julai 2010

Alhamdulillah bersyukur sgt rasenya dapat buat keputusan yang paling genting pada waktu kecederaan mcm ni add n drop. Memandangkan result sem lepas agak mengecewakan jadi ana decide tuk amik hanya 3 subjek fizik sem ni ;fizik statistik, electronik n mekanik xtermasuk lab. jadi selepas lebih kurang 10x tukar jadual insyaAllah kali ni yang fix punye...

Bercakap pasal result sem lepas, ehm banyak yang perlu dibaiki...time managment, rythm of study, n yang paling penting hubungan dengan Allah n sesama manusia kne btol.
bukan pe masakan seorang majikan hendak memberikan gaji apatah lagi bonus kepada pekerja yang malas dan selalu lalai dengan tugas dan tanggungjawab yang dah diamanahkan kepada mereka? silap2 haribulan dipecatnya dia dari terus bekerja dengannya...na`uzubillah...

Tapi ana tau semua tuh bukan perkara yang senang nak dibuat sesenang rumus bagi Kirchoff Current Law (KCL) dalam electronik atau rumus2 yg lainnya walaupun kdg2 tuh susah gak...coz perkara yang dah sebati dalam jiwa kte perlukan satu impact momentum yang besar agar kesannya kelak lame n berterusan...

Jadi nak cakapnya di sini wahai sahabat2 maya ana semua, jgn biarkan Allah menegur kte dengan cara yang paling sukar yang kte xpernah impi pn untuk mendapatkannya (result exam drop pada kadar kecerunan yang paling tinggi)...harap2 faham


So ayuh upgrate iman n amal kte agar hidup kte kelak lebih diberkati Allah dan seluruh isi alam ini...