kerana Dia tak pernah kecewa

06 April 2015

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah 'ala kulli hal. (^_^)vv

dah lama tak menulis. bila tengok semula tarikh last entri its like ya Allah, about 3 months already since mood menulis appear again. dan tiba-tiba hati rasa sangat sayu. betapa 3 bulan yang berlalu tu entahkan terisi entahkan tidak. entahkan membuahkan suatu hasil di akhirat sana entahkan tidak. terlalu banyak yang ingin dikongsi tapi kekangan dan hambatan hidup yang penuh naik turunnya menyebabkan kadangkala apa yang ingin dikongsi terlebih dahulu dikongsi bersama Dia. ya Dia. Yang Maha Segalanya.

Dia yang tak pernah kecewa dengan kita. seringkala Dia ada untuk kita. bersama kita. menghadapi detik hidup yang penuh dengan onak dan duri hatta detik hidup yang sarat dengan suka dan gembira. melindungi dan menjaga kita. sedari kecil Dia ada bersama kita. sedari kita masih belum terbentuk dengan sempurna. sedari jari jemari masih belum bertaut. sedari di alam roh lagi, Dia ada bersama kita. namun, semakin kita meningkat dewasa, kita malah melupakan Dia. dan meminggirkan Dia. sehinggakan kita menjadi buta. buta mata hati.

namun, kerana sifat tak pernah kecewanya Dia, Dia malah masih mahu kita kembali. masih mahu memandang kita dengan pandangan rahmat dan belas kasihanNya. masih mahu memanggil kita dengan menggerakkan kita untuk bangun malam di waktu manusia lainnya lena dibuai mimpi indah. malah seringkali juga Dia menitipkan hadiah buat hamba-hambaNya. hadiah yang kadang berbalut cantik, kadang tidak, malah penuh misteri. hadiah berupa sedikit kesedihan, kesenangan, kekurangan harta, kaum kerabat dan banyak lagi hadiah-hadiah yang tidak pernah jemu dikirimkan kepada kita. semuanya untuk apa? untuk kita kembali mengingatiNya. di waktu susah mahupun senang. di waktu duduk mahupun berdiri hatta berbaring sekalipun. kerana kadang kita terlupa bahawa semua makhluk yang lainnya sangat tunduk dan patuh. hanyasaya manusia itu ego dan sombong. sungguh Mulia Engkau Ya Allah. (T_T)



ya. kerana Dia tak pernah kecewa la makanya Dia ingin kita kembali. kembali kepada keadaan fitrah kita sebagai seorang muslim dalam erti kata sebenar. yang meletakkan semua keputusan dan aturan hidup kita di dalam neraca Dia selalu. yang mengemudi bahtera hidup ini berpandukan tapak asas islami. yang mengepalai hidup ini berlandaskan syariat yang tidak mungkin merugikan kita sedikit pun. yang faham bahawa hidup ini masih ada harapan dan pertolongan. dan sungguh pertolongan Dia itu sangat dekat. hanya sahaja hati kita telah buta untuk melihat itu semua.

kerana Dia tak pernah kecewa menunggu kita apakah pantas kita kecewa dengan Dia pula? maka kembali lah wahai jiwa yang tenang. dalam keadaan diredhaiNya malah kita juga meredhaiNya juga.

sudah terlalu banyak dosa yang aku lakukan
tuhan
ampuni aku
berlinang air mata bila ku sebut namaMu
tuhan bergetar hati

ku telah lama lupakanMU
gelap hati
gelap jiwa
gelapnya hidupku

chorus*
ku tak pantas disyurga
namun ku takut pada neraka
ku hanya manusia penuh dosa
tuntun lah dan bimbinglah
di jalan redhaMu

beri aku kesempatan
tuk menjadi yang lebih baik

andaikan saja 
waktu dapat ku putar kembali
aku ingin didekatMu
betapa pedih seksa
yang telah engkau janjikan
tuhan
maafkan lah aku

chorus*
berikan kasihMu 
berikan cintaMu
[dadali: ku tak pantas di syurga]



..:indahnya hidup bersyariatkan islam:..

06 Januari 2015

bismillahiraahmanirrahim
allahumma solli 'ala muhammad
wa'ala alihi wasohbihi wasallim

ku baca firman sang pencinta cinta bahawa

*******************************
aku 
mencintai orang-orang soleh
meski aku
bukanlah bagian dari mereka
dan aku
membenci para pemaksiatnya
meski aku
tak berbeda dengan mereka

**********************
Imam-AsSyafi'e



Tarbiyahlah aku dalam apa cara yang Engkau suka. 
Indeed i need a very strong support from You.

mood: kembalimenulis