kataku pada hati

24 Oktober 2010

oh hati
mengapa kau kini kian tersentuh
dengan kebaikan2
dan perbuatan2
saudaramu sendiri
oh hati
bersabarlah
kerana ku tahu
betapa beratnya hukuman yang dikenakan ke atasmu
walaupun kau dihukum tanpa mengetahui apakah kesalahanmu
oh hati
kenanglah
ganjarannya besar disisi Tuhanmu dan juga Tuhanku
mungkin ini petunjuk dari Tuhan
yang mengajarkan kepadamu erti hidup
kerana xsemua yang baik itu akan dipandang baik
dan kerana
xsemua yang jahat itu di pandang jahat
oh hati
bisikkan bahawa ini semua akan berlalu
seperti berlalunya
segala memori indah
dan kenangan silam dahulu
oh hati
ingatlah bahawa Tuhan bersamamu
bersama orang2 yang mendekatkan diri kepadaNya
bersama orang2 yang benar
bersama orang2 yang menuju kepadaNya
oh hati
lembutlah dikau
tenanglah dikau
kembalilah dikau
kepada Dia yang menciptakan
semoga kejayaan menjadi hak milikmu
amin

5 ulasan:

sfatimahzj berkata...

hati itu berbolak balik....

'Afifah A.Rahman berkata...

moga ditetapkan dalam agamaNya

24hours_7dayz berkata...

berhati-hati menjaga hati ^^

'Afifah A.Rahman berkata...

takut makin rosak dikemudian hari

Nurul 'Ain berkata...

hati itu dalam diri kita, jika rosak kerna kita dan jika baik jua kerna kita...dan sememangnya ketentuan dari-Nya. Ain minta maaf atas salah dan silap yang xterniat pun...bila mana kita nak menjaga hati2 org yg kita syg, rupa2nya kita lebih menyakiti dia...